Sunday, 29 January 2012

Honey Moon... 21-24 Jan 2012

Alhamdulillah... percutianku  bersama hubby dan Kak Ku Hidayah bersama hubbynya berjaya seperti dirancang. Persediaan 2 pasang kekasih ini yang rancang sejak September 2011 akhirnya tercapai jua. Terima Kasih kepada sahabatku Zaidi namanya yang telah bersusah payah menghantar kami ke airport. Selain daripada tujuan bercuti sambil berehat, kami sebenarnya punya misi untuk ke Tasik Dayang bunting yang terkenal dengan sejarahnya iaitu airnya baik untuk pasangan yang inginkan zuriat.. Opps ini bukan mitos, Menurut kajian sains juga mengesahkan airnya terdapat kandungan  alkali (kalau tak salah) yang sesuai kepada badan seorang wanita. Kak Dayah dah suaminya juga sudah 7 tahun menantikan zuriat. Kita hanya mencuba... semoga Allah memakbulkan permintaan kita.



Ini Kak Ku Hidayah dengan hubbynya

LAGENDA PUTRI DAYANG SARI
Tasik ini adalah salah satu tempat yang menjadi pilihan utama Putri Dayang Sari, seorang puteri dari kayangan, bermain dan mandi. Pada satu hari, seorang putera raja iaitu Putera Teja telah terserampak dengan Putri Dayang Sari yang ketika itu bermain dan mandi ditasik tersebut. Putera Teja terpegun dengan kecantikan yang dimiliki oleh puteri dari kayangan itu dan beliau terus jatuh cinta. Putera Teja cuba memikat Putri Dayang Sari dengan puisi serta lagu-lagu yang indah lagi merdu tetapi tidak berjaya. Oleh kerana usahanya tidak berjaya, beliau telah berjumpa dengan cerdik pandai untuk mendapat nasihat memenangi hati puteri tersebut. Beliau telah disuruh membasuh mukanya dengan airmata puteri duyung. Apabila beliau telah berbuat demikian Putri Dayang Sari telah jatuh cinta dengan kecantikan yang dimilik oleh Putera Teja. Selepas berkahwin, Putri Dayang Sari telah mengandung. Bayi yang dikandungnya itu telah mati ketika dilahirkan dan beliau merasakan parkahwinannya ini adalah merupakan satu tipu helah. Selepas mengkebumikan bayi tersebut didalam tasik ini, Puteri Dayang Sari yang mempunyai penawar kemandulan telah kembali kekayangan dan tidak kembali lagi.


Friday, 20 January 2012

Merintih lagi...

Mata terasa berat tak tau la kerana sarat dengan air mata atau mengantuk kerana kurang tidur semalam... Entah la.. nak menangis tapi tak tau pada siapa. Aku mesti kuat. Mesti kuat untuk hadapi ujian Allah ini. Aku cuba sibukkan diri untuk mengelakkan otak ni ada ruang untuk berfikir perkara2 yang akan buat aku menangis.. Tak mahu teman2 ku tahu aku sedang bersedih sebenarnya. Sedih kenapa ya? Bukankah sudah 5 tahun aku tanggung kesedihan ini...setiap bulan kah aku akan rasa begini? Ya Allah aku lemah saat ini. Aku mahu mengadu kesedihan ini kepada suami ku tapi aku juga yang pesan supaya jng layan emosiku jika aku sedih krn hal ini. Aku tahu dia juga sedih.. tp kalau dilayan kesedihan ini pasti tak berkesudahan.. Hanya Allah sahaja tempat ku meminta.. aku hanya mampu berusaha dan berdoa.. Semoga Allah telah mentakdirkan yang baik buatku dan suami di dunia mahupun di akhirat nanti... Namun Ya Allah aku takkan berhenti berharap dan berdoa semoga suatu hari akan ada anak yang soleh yang akan mendoakan kami di akhirat nanti....Ameen.

Thursday, 19 January 2012

Hati tersentuh...

Perjalanan ini masih jauh.. penuh onak dan liku..semua orang inginkan kehidupan yang bahagia..punya suami yang soleh..punya anak-anak yang comel dan bijak..punya ekonomi yang kukuh..dan punya kesihatan yang baik.. Setiap detik ku lalui dengan penuh berhati hati.. sentiasa menjaga hati..sentisa memujuk hati.. bahawa setiap kekurangan itu adalah ujian dari Allah..setiap ujian pasti ada ganjaran pahala kepada sesiapa yang melaluinya dengan kekuatan Iman.. Aku tak mahu tersasar dari jalanMu Ya Allah kerana aku yakin janjiMu adalah janji yang benar.. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Setiap kali aku melihat ibu hamil, menyusu bayinya dengan penuh kasih, memeluk anaknya dengan erat...seorang bapa yang mendukung anaknya sambil mencium pipi anaknya... aku jadi sayu. Aku sudah hampir 5 tahun bergelar isteri namun belum boleh bergelar ibu. Bila melihat teman2 sepejabat baru je kawin terus pregnant..aku jd sedih..cemburu. Aku selalu cuba kawal emosiku setiap kali berhadapan dengan berita gembira dari teman2. Aku tahu aku tak patut cemburu.. aku perlu redho.. bila redho aku mesti terima dengan hati yang terbuka..tidak merintih..jauh sekali menyalahkan takdir..
Namun,, aku insan biasa. Lemah sangat. Iman ku rapuh.. Namun Ya Allah aku tahu aku mampu kerana aku tahu UjianMu hanya kepada hambamu yang mampu. Ya Allah jauh di sudut hati aku bersyukur sangat punyai suami dan keluarga yang amat memahami..tidak pernah mereka buat aku rasa bersalah.. aku tahu mereka juga hambaMu yang terpilih untuk menerima ujian ini....

Fadhilat Surah Yaasin


Rasullulah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan, iaitu :


  • Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi “kenyang”.
  • Jika orang tiada pakaian boleh mendapat “pakaian”.
  • Jika orang belum berkawin akan mendapat jodoh.
  • Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.Fadhilat 
  • Jika “terpenjara” akan dibebaskan.
  • Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  • Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  • Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan seksanya.
  • Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  • Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar dari pada penyakitnya.


Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al- Quran itu ialah Yassin. Barang siapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al- Quran sebanyak 10 kali.

Sabda Rasulullah S.A.W lagi, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.

Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Siapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya.

Waallahuaglam

Ya Allah Ya Rabbi

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku


Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Tuesday, 17 January 2012

Ya Allah, aku mohon padaMu



رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ

 "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat"




Monday, 16 January 2012

Teratak Bonda & Ayahanda


Rumahku SyurgaKu..



Inilah teratak kediamanku... Rumah ini status nya adalah rumah tok wan yang dibuat di atas tanah orang..namanya arwah Hj. Redwan. Tok Wan telah berjanji untuk memajak tanah ini dengan bayaran RM150 setahun. Rumah ni adalah rumah aku di besarkan..kini ayah dan mak dah buat rumah baru di atas tanah yang dibeli oleh ayah. Empat bulan lepas anak tuan umah datang... dengar cita tanah ni nak dijual tp blom comfirm la...waduh.. rumah yang aku mohon masih menunggu panggilan untuk cabut undi.. pastu mesti nak kena renovate sikit.. baru leh masuk..nampaknya mungkin kena sewa umah lain gak ni kalau tuan umah ni comfirm nak jual tanah ni..sayang rasanya nak tinggalkan rumah yang telah memberi seribu kenangan buat kami sekeluarga. Di rumah inilah majlis perkahwinan ku di adakan..di laman ini lah khemah2 didirikan...huhu.. harap2 tak jadi la anak tuan tanah tu nak jual tanah ni sbb nnt kalau aku dah pindah ke rumah sendiri pun..mungkin adik2 ku boleh tinggal kat umah ni.



Cabaran Baru...

Hari ni aku semangat nak tilik dokumen yang di hantar oleh PPA Maisarah dan PPA Wani pada hari Jumaat yang lepas. Untuk tugasan pertama, aku terima 9 permohonan Pendaftaran Nikah luar negara untuk di siapkan. Seawal pukul 8 aku sudah mengeluarkan semua tugasan dari peti besi. Perrh.. tebalnya setiap satu permohonan. Mulanya aku rasa agak pening nak siasat Kes Undang-undang Keluarga ni, maklumlah orang kahwin kat negara luar, pastu perlukan beberapa dokumen untuk memulakan siasatan.. kalau tak cukup, alamat tak boleh nak terus membuat siasatan..kenalah call minta mereka serah padaku... selepas bincang dengan bos rasanya agak faham. First of all kena hafal seksyen... Kalu tak faham, susah la nak explain kat OYDS (Orang Yang Disyaki) nanti. Kesnya tak sama macam aku siasat kes Jenayah Syariah dulu...dulu aku ambil statement OYDS boleh marah-marah sebab diorang mmg ditangkap..tp sekarang aku kena cakap dengan 'berhemah' supaya jng smp diorang tak faham dan akibatnya aku pulak kena marah. Waduh.. ingatkan jadi I.O kes MAL ni tak mencabar..hihi...rupanya 'kesabaran ku yang mungkin tercabar'..huhu. 

Sunday, 15 January 2012

Insan tersayang

Kau Mewarnai hidupKU....


Aku dilahirkan sebagai anak sulong.. punyai 3 adik perempuan semuanya masih anak dara..  Kami hidup di dalam keluarga yang amat bahagia..Punyai Emak dan Ayah yang amat penyayang.. mendidik kami dengan penuh kasih sayang serta dibekalkan kami bekalan menjadi mukmin sejati...agar selamat dunia dan akhirat. Syukur Ya Allah... aku dilahirkan dalam dunia ini sebagai muslim..Tidak lupa juga aku punyai tok yang menjaga kami ketika mak dan ayah keluar bekerja..beliau lah orang kuat dalam keluarga kami. Arwah tok wan (suami tok) meninggal dunia sewaktu aku di tingkatan 5 iaitu tahun 2000. Ayah pula adalah anak yatim piatu..Jadi aku hanya sempat menumpang kasih tok dan tok wan sebelah mak. 
Aku juga adalah seorang isteri kepada seorang jejaka yang telah dinikahkan oleh ayahku  ada 10 Ogos 2007 (tarikh lahir ayahku). Dia adalah  seorang suami yang penyayang dan amat baik. 

MuQaDDiMah...


بسم الله الرحمن الرحيم



Di sini bermulah penulisan blog ku..Harap ianya baik buat diriku, suamiku, keluargaku, agamaku dan bangsaku.  Blog ini adalah rahsia hati yang kadangkala aku tak tahu nak luah pada siapa..entah orang nak dengar ke entah tidak..maklumlah kadang-kadang masalah kecik pun aku anggap masalah negara... Jadi biarlah blog ini menjadi tempat untukKu mencoret rasa...melepas segala yang terbuku di dada...