Aku dilahirkan sebagai anak sulong.. punyai 3 adik perempuan semuanya masih anak dara.. Kami hidup di dalam keluarga yang amat bahagia..Punyai Emak dan Ayah yang amat penyayang.. mendidik kami dengan penuh kasih sayang serta dibekalkan kami bekalan menjadi mukmin sejati...agar selamat dunia dan akhirat. Syukur Ya Allah... aku dilahirkan dalam dunia ini sebagai muslim..Tidak lupa juga aku punyai tok yang menjaga kami ketika mak dan ayah keluar bekerja..beliau lah orang kuat dalam keluarga kami. Arwah tok wan (suami tok) meninggal dunia sewaktu aku di tingkatan 5 iaitu tahun 2000. Ayah pula adalah anak yatim piatu..Jadi aku hanya sempat menumpang kasih tok dan tok wan sebelah mak.
Aku juga adalah seorang isteri kepada seorang jejaka yang telah dinikahkan oleh ayahku ada 10 Ogos 2007 (tarikh lahir ayahku). Dia adalah seorang suami yang penyayang dan amat baik.

No comments:
Post a Comment