Hari ni aku semangat nak tilik dokumen yang di hantar oleh PPA Maisarah dan PPA Wani pada hari Jumaat yang lepas. Untuk tugasan pertama, aku terima 9 permohonan Pendaftaran Nikah luar negara untuk di siapkan. Seawal pukul 8 aku sudah mengeluarkan semua tugasan dari peti besi. Perrh.. tebalnya setiap satu permohonan. Mulanya aku rasa agak pening nak siasat Kes Undang-undang Keluarga ni, maklumlah orang kahwin kat negara luar, pastu perlukan beberapa dokumen untuk memulakan siasatan.. kalau tak cukup, alamat tak boleh nak terus membuat siasatan..kenalah call minta mereka serah padaku... selepas bincang dengan bos rasanya agak faham. First of all kena hafal seksyen... Kalu tak faham, susah la nak explain kat OYDS (Orang Yang Disyaki) nanti. Kesnya tak sama macam aku siasat kes Jenayah Syariah dulu...dulu aku ambil statement OYDS boleh marah-marah sebab diorang mmg ditangkap..tp sekarang aku kena cakap dengan 'berhemah' supaya jng smp diorang tak faham dan akibatnya aku pulak kena marah. Waduh.. ingatkan jadi I.O kes MAL ni tak mencabar..hihi...rupanya 'kesabaran ku yang mungkin tercabar'..huhu.
No comments:
Post a Comment