Semalam ketika ku dan hubby sedang menonton tv, tiba2 ku terdengar bunyi sms dari phone ku. Sms datangnya dari bos ku. Beliau memaklumkan permohonan ku untuk bertukar ke Pejabat Agama daerah Barat Daya sedang dipertimbangkan n dah di sokong oleh KPP Bahagian Penguatkuasaan yang selama ini tak mahu aku bertukar. Masih ku ingat ketika aku mendapat surat pertukaran ke Pejabat Agama Daerah Timur Laut dan sekaligus bertukar ke Bahagian kaunseling...beliau lah orang yang berani mempertahankan ku hingga ke pengarah. Bezanya time tu memang ku tak nak ke sana. Kali ini mungkin dia akan merelakan ku bertukar kerana penempatan ku di sana masih di bawah Bahagian Penguatkuasaan. Tapi bos ku cakap masih dalam proses untuk mohon pada pentadbiran... Namun aku tetap berharap agar aku dapat bertukar kerana Pejabat Agama Daerah Barat Daya lebih dekat dengan rumahku.
No comments:
Post a Comment