Hari isnin ku dikejutkan dengan kehadiran Wani ke ofis ku..dia cuma singgah sekejap kerana bertugas di mahkamah. Kebetulan ku terima surat panggilan kursus di ILIM (Institut Latihan Islam Malaysia), Bangi, Selangor. pada 05-08 hb Mac 2012. Pada mulanya terasa memang berat sangat nak g kursus jauh-jauh ni. Tiba2 ku terperasan yang nama Wani juga tersenarai... Wau bestnya... terimbau kenangan silam ketika sama2 pegi kursus kat ILIM dulu...ketika tu memang best sangat. Tapi sekarang Ila tak kan bersama lagi untuk ke kursus. Ila sudah bertukar jawatan..hehehe..Suri rumah sepenuh masa.. Semoga Ila berbahagia di sana disisi suami tercinta..
Ku terus call hubby untuk maklumkan pada Nya..respon biasa..'oh ya, bila? Siapa lagi dapat? n O.K' ..itu ja respon dia setiap kali ku minta izin untuk keluar bekerja (time sepatutnya kat umah la kan...). Pelik la.. kalau dia yang bagitau ku yang dia nak g kursus pasti ku akan cakap 'tak pegi tak boleh ke?'. Napa ye respon lelaki dan perempuan berbeza.
Dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari ofis, ku tanya lagi.
Me: Abang o.k ke ayang g kursus lama ni?
Hubby: O.k, pegi elok2, jaga diri'
Me: La...itu ja jawapannya.. bukan nak halang orang tinggai dia
Hubby: La sayang ni.. pergi urusan kerja kan..buat apa abang nak halang.
huwaaaa.....ku harapkan dia pujuk la jangan pegi.. pastu buat la ayat romantis sikit...'pegilah sayang..abang akan merinduimu... ni rilex ja dia.
hahahaha... lain orang lain caranya...yang penting ku yang berat nak pisah ngan hubby...
tetiba dia bersuara lagi...
Hubby: Ayang nak pi naik apa?
Me: Mungkin ayang nak drive kot n kawan2 yang dapat kursus sekali boleh tumpang.
(kalau dia cakap xboleh, ku kena la bgtau kawan2 untuk naik keta orang lain)
Hubby: O.k. Minyak hitam baru je tukar, tayar masih elok...n enjin baru je service..erm..xpalah hari sabtu ni sempat lagi abang check kereta...
Me: Abang xkisah ka?
Hubby: Abang xkisah la sayang..abang boleh g keja naik motor.. janji sayang wak keta elok2.
Aduh.. xda ayat halangan lagi...nampaknya Hubby merestuiku...ku perlu kuatkan semangat...
*perempuan ni biasanya memang nak suami yang romentik je kan...tapi lelaki xsemua romantis. hehehe..bab pujuk pun kadang2 hampeh...hehehe sory ye darling terkutuk you pulak...tapi xapa la..apabila kita mengenali suami kita..kita akan tahu bagaimana sayang yang dia curahkan pada kita..kebajikan kita..makan minum kita...sakit demam kita..keluarga kita...and yang penting imam kepada solat kita. Terima kasih ayang ucapkan kepada abang kerana selama ini abang telah menjadi suami yang baik buat ayang..keluarga ayang..kawan2 ayang..dan yang paling penting...agama kita. Luv u forever..
Ya Allah Ya Tuhanku,Seandainya telah kau catatkan dia milikku,tercipta buat ku, dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku,titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi,seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan,jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan berkekalan buat selama-lamanya hingga keakhir hayat dan kurniakanlah kami zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh,sesungguhnya engkau berkuasa atas segala sesuatu. Amin Ya Rabbal Alamin.
Wednesday, 29 February 2012
Friday, 24 February 2012
A special Day for Me...
Jumaat memang hari paling best bagi ku...sebab... :-
1) Esok cuti!
2) Rasa nak sedekah banyak2...(sedekah senyum pun jadi la...)
3) Staff lelaki semua segak2 dengan Baju Melayu...Staff perempuan pun apa kurangnya..
4) Time rehat yang panjang...boleh keluar shopping
5) Mood semua orang biasanya baik..
Jeng..jeng..jeng..
Ni la antara aktivi hari Jumaat..

![]() |
| Me & Nurul |
![]() |
| Kak Lyn & Ila |
Yaumul Jumaat
KEBERKATAN DAN KELEBIHAN HARI JUMAAT
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.
Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat JumaatSolat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Kesimpulan
Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Wednesday, 15 February 2012
KERJA OH KERJA
Hari ni ofis agak sunyi... Kak Lyn ada meeting dan Nurul pula cuti. Tinggallah Ku dan Nor je.. yang lain tu ada tp semua sibuk dengan hal masing2. Ku pula agak rilex hari ni kerana tiada appoinment dan tiada fail nak buat...yg ada hanya borg2 permohonan yang belum lengkap..so hanya KIV. Esok ku ada kursus di RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG..First time nak gi situ... hanya berbekalkan petua dari hubby..harap2 tak sesat la..
Saat2 begini kenangan lalu terimbau di kalbu... Rasa rindu pada sahabat yang dah ku anggap seperti saudara sendiri. Namanya Ila dan Wani. Kini Ila sudah berhenti kerja kerana mengikut suaminya ke Pahang. Wani pula dah bertukar ke Pej Agama Daerah Butterworh.. Tinggal lah ku bersama kenangan.. Omelan dan gelak tawa kalian sentiasa ku rindui.. Tapi aku bersyukur kerana sekelililng ku kini masih ada sahabat2 yang baik dan memahami. Thanks to Kak Lyn, Nurul n Nor...
| Dari kiri. I, Ila n Wani |
Sedar tak sedar hampir 4 tahun aku bertugas di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan juga di Bahagian Penguatkuasaan. Semasa lapor diri, aku paling takut dan boleh dikatakan tak nak la nak masuk ke bahagian penguatkuasa ni kalau diberi pilihan..melihat staff2nya yang agak garang..dan KPP yang tegas..aku jadi takut. Tapi ternyata rezeki ku di sini...sebagai anggota penguatkuasa. Rupa2nya bos2 sangat baik termasuk lah senior2. Banyak ku belajar dari mereka..Rupanya Bahagian penguatkuasa ini sangat special..kami bagai adik beradik...sangat rapat...kini rasa cinta pada tugas ini telah tercipta tanpa ku sedari...apa yang penting setiap saat ku harus ingatkan diri bahawa tugas ini adalah Lillahitaala...
Insya Allah.....Maher Zain
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you’ll find your way
Insya Allah
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insya Allah
Insya Allah we’ll find the way

Tuesday, 14 February 2012
Valentines Day
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
"Valentines Day" to Them
- Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
- Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.
- Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.
Haram untuk kita menyambut Valentines Day. Adakah bermakna kita haram untuk menghargai kekasih kita??? Sebagai manusia yang diciptakan Allah yang mempunyai perasaan antara lelaki dan wanita kita tidak dapat lari dari perasaan suka menyukai..Bagaimana kita nak raikannya??. Bagi diriku.. ku rasa dihargai oleh kekasihku ialah apabila 'dia' menghantar keluarganya untuk meminangku dari keluargaku..itulah tanda kasih dari kekasih. Apakah balasan kasih itu ialah menyerahkan jiwa sebagai bukti cinta?? Sebagai muslim ikatan pertunangan adalah tanda janji ikan tibanya ijab dan qabul. Bukti setia apabila si lelaki dan perempuan itu sentiasa menjaga diri serta kehormatannya sebagai tunangan orang. Bilakah masanya kita perlu serahkan jiwa raga? Dalam Islam, apabila seorang lelaki yang wanita itu dinikahkan barulah dihalalkan hubungan jiwa dan raga itu..
Monday, 13 February 2012
CIK DI & CIK ZUL
Dah lama rasanya tak mencoret.. Ku agak penat sejak kebelakangan ini. Weekend asyik keluar je..ada saja program yang diatur oleh Cik Di. Cik Di ialah ibu saudara my hubby. Suami Cik Di namanya Cik Zul. Merekalah idolaku...chewah. Nak tau sebab apa..hehe..mereka juga senasib dengan ku Mereka juga tidak punya zuriat. Cik Di banyak memberi kata2 semangat buatku. Cik Di bekerja sebagai jururawat masyarakat. Cik Zul pula dah pencen. Mereka sepasang suami isteri yang memang best...memang sempoi. Cik Zul kini adalah suri rumahtangga sepenuh masa. Semasa Cik Di bekerja, segala kerja rumah Cik Zul yang buat. Cik Zul seorang yang kemas dan rajin...mcm mana nak cakap ya..kiranya Cik Zul ni memang smart lah orang nya. Cik Di dan Cik Zul punya ekonomi yang amat baik..mungkin kerana mereka tiada anak untuk berbelanja lebih. Ku dan hubby memang rapat dengan mereka. Balik keja hari jumaat ja silap2 Cik Di akan ajak kami keluar pada malamnya. Pegi lepak2 pantai, tengok wayang,shopping,pancing dan mcm2 lg aktiviti kami. Kadang2 sampai wat kem dan tidur kat pantai.. Memang best tatkala keluar ngan Cik Di dan Cik Zul. Setiap kali makan, dia akan bayar..kalau hubby bayar dia akan marah. Cik Zul pula sukar untuk memandu malam kerana mungkin faktor usia..jadi hubby akan jd driver kami..hahaha..sian dia. kadang2 weekend ja kami akan hilang.. ada saja plan Cik Di. Dia suka masuk shopping complex..kalu dia beli kain, akan dibelinya untuk ku jua. Kadang2 kami beli kain yang sama coraknya. Cik Di juga suka masak..dia pandai masak..tp yang xbest, kalu dia masak ku dan hubby kena makan smp termonyeh2 jadinya. Memang best tapi kadang2 ku jadi penat juga...Ye la.. ku ngan hubby sepanjang minggu keja. weekend pula mcm2 keja nak kena settle kat umah..bila keluar je kat umah tak tersetlle..haha.. nasib baik hubby banyak membantu. Kalu umah tak kemas, baju tak lipat, baju keja x iron padahal esok dah nak keja..ku akan tension..huhu..Kata Cik Di, jangan simpan dalam kepala benda2 tu. Jangan pikir tu satu masalah...huhu. Minggu ni alhamdulillah, semua keja rumah aku settle. Bila g keja hari isnin rasa lapang ja hati ni.
Thursday, 2 February 2012
Aku mesti Bersyukur
Kesedihan ku biar aku saja yang tahu... ku tak pandai bercerita mengadu pada sesiapa.. ku punya kelemahan.. bila ku luahkan apa sebenarnya di hati pasti air mata ku lebih laju dari percakapan ku..bukan air mata saja..siap air hidung sekali..pastu sebak dan menangis dan langsung tak boleh bercakap dah. Jadi bagaimana nak ku bercerita pada orang lain... ku tak da kekuatan. jangan kata bercerita, bila aku fikir pun air hidung akan mengalir..(sapa spesis mcm ku angkat tangan) sebenarnya bukan hingus tapi air dari mata kot yang kuar kot idung. kalu nak fikir pasal sedih ni memang banyak.. dan mungkin orang lain tak tahu yang ku ni terlalu sensitif. ku tahu ku memang tak patut beritahu teman2 kerana mereka juga punya masalah sendiri. Kadang ku rasa masalah ku sebenarnya ciput je.. aku kot ngada2 nak sedih. huhu..tapi itulah aku. kadang2 mendengar masalah orang lain aku rasa jauh lebih sedih dariku...mangapa aku tak bersyukur...? Kalau ku layan sedih tu maknanya meratap la kan? huish... apa yang aku meraban ni. biarlah..biarlah ku nak tulis. ku nak tulis buat kekuatan ku bila ku kesedihan lagi. Mendengar masalah rakan2 lain ada yang bercerai tinggalkan anak, suami suka naik angin, suami kahwin dua dan mcm2 lg...ku jadi kuat. ku tahu Allah dah anugerahkan ku kesihatan yang baik dan keluarga yang bahagia..suami yang begitu penyayang...Dear hubby thank you very much. Cuma sedikit ujian ini aku dah rasa down...sebenarnya ini kehidupan. Ya Allah ku doakan yang terbaik..jadi ku mesti yakin dengan Mu Ya Allah sesungguhnya takdir ini adalah yang terbaik. Aku mesti bersyukur!
Wednesday, 1 February 2012
sms menggembirakan...
Semalam ketika ku dan hubby sedang menonton tv, tiba2 ku terdengar bunyi sms dari phone ku. Sms datangnya dari bos ku. Beliau memaklumkan permohonan ku untuk bertukar ke Pejabat Agama daerah Barat Daya sedang dipertimbangkan n dah di sokong oleh KPP Bahagian Penguatkuasaan yang selama ini tak mahu aku bertukar. Masih ku ingat ketika aku mendapat surat pertukaran ke Pejabat Agama Daerah Timur Laut dan sekaligus bertukar ke Bahagian kaunseling...beliau lah orang yang berani mempertahankan ku hingga ke pengarah. Bezanya time tu memang ku tak nak ke sana. Kali ini mungkin dia akan merelakan ku bertukar kerana penempatan ku di sana masih di bawah Bahagian Penguatkuasaan. Tapi bos ku cakap masih dalam proses untuk mohon pada pentadbiran... Namun aku tetap berharap agar aku dapat bertukar kerana Pejabat Agama Daerah Barat Daya lebih dekat dengan rumahku.
Subscribe to:
Posts (Atom)