Kesedihan ku biar aku saja yang tahu... ku tak pandai bercerita mengadu pada sesiapa.. ku punya kelemahan.. bila ku luahkan apa sebenarnya di hati pasti air mata ku lebih laju dari percakapan ku..bukan air mata saja..siap air hidung sekali..pastu sebak dan menangis dan langsung tak boleh bercakap dah. Jadi bagaimana nak ku bercerita pada orang lain... ku tak da kekuatan. jangan kata bercerita, bila aku fikir pun air hidung akan mengalir..(sapa spesis mcm ku angkat tangan) sebenarnya bukan hingus tapi air dari mata kot yang kuar kot idung. kalu nak fikir pasal sedih ni memang banyak.. dan mungkin orang lain tak tahu yang ku ni terlalu sensitif. ku tahu ku memang tak patut beritahu teman2 kerana mereka juga punya masalah sendiri. Kadang ku rasa masalah ku sebenarnya ciput je.. aku kot ngada2 nak sedih. huhu..tapi itulah aku. kadang2 mendengar masalah orang lain aku rasa jauh lebih sedih dariku...mangapa aku tak bersyukur...? Kalau ku layan sedih tu maknanya meratap la kan? huish... apa yang aku meraban ni. biarlah..biarlah ku nak tulis. ku nak tulis buat kekuatan ku bila ku kesedihan lagi. Mendengar masalah rakan2 lain ada yang bercerai tinggalkan anak, suami suka naik angin, suami kahwin dua dan mcm2 lg...ku jadi kuat. ku tahu Allah dah anugerahkan ku kesihatan yang baik dan keluarga yang bahagia..suami yang begitu penyayang...Dear hubby thank you very much. Cuma sedikit ujian ini aku dah rasa down...sebenarnya ini kehidupan. Ya Allah ku doakan yang terbaik..jadi ku mesti yakin dengan Mu Ya Allah sesungguhnya takdir ini adalah yang terbaik. Aku mesti bersyukur!
setiap org ade ujian yang berbeza.apa pun ujian awak, saya doakan awak tabah.
ReplyDelete