Monday, 13 February 2012

CIK DI & CIK ZUL

Dah lama rasanya tak mencoret.. Ku agak penat sejak kebelakangan ini. Weekend asyik keluar je..ada saja program yang diatur oleh Cik Di. Cik Di ialah ibu saudara my hubby. Suami Cik Di namanya Cik Zul. Merekalah idolaku...chewah. Nak tau sebab apa..hehe..mereka juga senasib dengan ku Mereka juga tidak punya zuriat. Cik Di banyak memberi kata2 semangat buatku. Cik Di bekerja sebagai jururawat masyarakat. Cik Zul pula dah pencen. Mereka sepasang suami isteri yang memang best...memang sempoi. Cik Zul kini adalah suri rumahtangga sepenuh masa. Semasa Cik Di bekerja, segala kerja rumah Cik Zul yang buat. Cik Zul seorang yang kemas dan rajin...mcm mana nak cakap ya..kiranya Cik Zul ni memang smart lah orang nya. Cik Di dan Cik Zul punya ekonomi yang amat baik..mungkin kerana mereka tiada anak untuk berbelanja lebih. Ku dan hubby memang rapat dengan mereka. Balik keja hari jumaat ja silap2 Cik Di akan ajak kami keluar pada malamnya. Pegi lepak2 pantai, tengok wayang,shopping,pancing dan mcm2 lg aktiviti kami. Kadang2 sampai wat kem dan tidur kat pantai.. Memang best tatkala keluar ngan Cik Di dan Cik Zul. Setiap kali makan, dia akan bayar..kalau hubby bayar dia akan marah. Cik Zul pula sukar untuk memandu malam kerana mungkin faktor usia..jadi hubby akan jd driver kami..hahaha..sian dia. kadang2 weekend ja kami akan hilang.. ada saja plan Cik Di. Dia suka masuk shopping complex..kalu dia beli kain, akan dibelinya untuk ku jua. Kadang2 kami beli kain yang sama coraknya. Cik Di juga suka masak..dia pandai masak..tp yang xbest, kalu dia masak ku dan hubby kena makan smp termonyeh2 jadinya. Memang best tapi kadang2 ku jadi penat juga...Ye la.. ku ngan hubby sepanjang minggu keja. weekend pula mcm2 keja nak kena settle kat umah..bila keluar je kat umah tak tersetlle..haha.. nasib baik hubby banyak membantu. Kalu umah tak kemas, baju tak lipat, baju keja x iron padahal esok dah nak keja..ku akan tension..huhu..Kata Cik Di, jangan simpan dalam kepala benda2 tu. Jangan pikir tu satu masalah...huhu. Minggu ni alhamdulillah, semua keja rumah aku settle. Bila g keja hari isnin rasa lapang ja hati ni. 

No comments:

Post a Comment