Hari ni ofis agak sunyi... Kak Lyn ada meeting dan Nurul pula cuti. Tinggallah Ku dan Nor je.. yang lain tu ada tp semua sibuk dengan hal masing2. Ku pula agak rilex hari ni kerana tiada appoinment dan tiada fail nak buat...yg ada hanya borg2 permohonan yang belum lengkap..so hanya KIV. Esok ku ada kursus di RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG..First time nak gi situ... hanya berbekalkan petua dari hubby..harap2 tak sesat la..
Saat2 begini kenangan lalu terimbau di kalbu... Rasa rindu pada sahabat yang dah ku anggap seperti saudara sendiri. Namanya Ila dan Wani. Kini Ila sudah berhenti kerja kerana mengikut suaminya ke Pahang. Wani pula dah bertukar ke Pej Agama Daerah Butterworh.. Tinggal lah ku bersama kenangan.. Omelan dan gelak tawa kalian sentiasa ku rindui.. Tapi aku bersyukur kerana sekelililng ku kini masih ada sahabat2 yang baik dan memahami. Thanks to Kak Lyn, Nurul n Nor...
| Dari kiri. I, Ila n Wani |
Sedar tak sedar hampir 4 tahun aku bertugas di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan juga di Bahagian Penguatkuasaan. Semasa lapor diri, aku paling takut dan boleh dikatakan tak nak la nak masuk ke bahagian penguatkuasa ni kalau diberi pilihan..melihat staff2nya yang agak garang..dan KPP yang tegas..aku jadi takut. Tapi ternyata rezeki ku di sini...sebagai anggota penguatkuasa. Rupa2nya bos2 sangat baik termasuk lah senior2. Banyak ku belajar dari mereka..Rupanya Bahagian penguatkuasa ini sangat special..kami bagai adik beradik...sangat rapat...kini rasa cinta pada tugas ini telah tercipta tanpa ku sedari...apa yang penting setiap saat ku harus ingatkan diri bahawa tugas ini adalah Lillahitaala...
Alalala..sedihnya...hehe
ReplyDelete