Hari isnin ku dikejutkan dengan kehadiran Wani ke ofis ku..dia cuma singgah sekejap kerana bertugas di mahkamah. Kebetulan ku terima surat panggilan kursus di ILIM (Institut Latihan Islam Malaysia), Bangi, Selangor. pada 05-08 hb Mac 2012. Pada mulanya terasa memang berat sangat nak g kursus jauh-jauh ni. Tiba2 ku terperasan yang nama Wani juga tersenarai... Wau bestnya... terimbau kenangan silam ketika sama2 pegi kursus kat ILIM dulu...ketika tu memang best sangat. Tapi sekarang Ila tak kan bersama lagi untuk ke kursus. Ila sudah bertukar jawatan..hehehe..Suri rumah sepenuh masa.. Semoga Ila berbahagia di sana disisi suami tercinta..
Ku terus call hubby untuk maklumkan pada Nya..respon biasa..'oh ya, bila? Siapa lagi dapat? n O.K' ..itu ja respon dia setiap kali ku minta izin untuk keluar bekerja (time sepatutnya kat umah la kan...). Pelik la.. kalau dia yang bagitau ku yang dia nak g kursus pasti ku akan cakap 'tak pegi tak boleh ke?'. Napa ye respon lelaki dan perempuan berbeza.
Dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari ofis, ku tanya lagi.
Me: Abang o.k ke ayang g kursus lama ni?
Hubby: O.k, pegi elok2, jaga diri'
Me: La...itu ja jawapannya.. bukan nak halang orang tinggai dia
Hubby: La sayang ni.. pergi urusan kerja kan..buat apa abang nak halang.
huwaaaa.....ku harapkan dia pujuk la jangan pegi.. pastu buat la ayat romantis sikit...'pegilah sayang..abang akan merinduimu... ni rilex ja dia.
hahahaha... lain orang lain caranya...yang penting ku yang berat nak pisah ngan hubby...
tetiba dia bersuara lagi...
Hubby: Ayang nak pi naik apa?
Me: Mungkin ayang nak drive kot n kawan2 yang dapat kursus sekali boleh tumpang.
(kalau dia cakap xboleh, ku kena la bgtau kawan2 untuk naik keta orang lain)
Hubby: O.k. Minyak hitam baru je tukar, tayar masih elok...n enjin baru je service..erm..xpalah hari sabtu ni sempat lagi abang check kereta...
Me: Abang xkisah ka?
Hubby: Abang xkisah la sayang..abang boleh g keja naik motor.. janji sayang wak keta elok2.
Aduh.. xda ayat halangan lagi...nampaknya Hubby merestuiku...ku perlu kuatkan semangat...
*perempuan ni biasanya memang nak suami yang romentik je kan...tapi lelaki xsemua romantis. hehehe..bab pujuk pun kadang2 hampeh...hehehe sory ye darling terkutuk you pulak...tapi xapa la..apabila kita mengenali suami kita..kita akan tahu bagaimana sayang yang dia curahkan pada kita..kebajikan kita..makan minum kita...sakit demam kita..keluarga kita...and yang penting imam kepada solat kita. Terima kasih ayang ucapkan kepada abang kerana selama ini abang telah menjadi suami yang baik buat ayang..keluarga ayang..kawan2 ayang..dan yang paling penting...agama kita. Luv u forever..
No comments:
Post a Comment