Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
"Valentines Day" to Them
- Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
- Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.
- Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.
Haram untuk kita menyambut Valentines Day. Adakah bermakna kita haram untuk menghargai kekasih kita??? Sebagai manusia yang diciptakan Allah yang mempunyai perasaan antara lelaki dan wanita kita tidak dapat lari dari perasaan suka menyukai..Bagaimana kita nak raikannya??. Bagi diriku.. ku rasa dihargai oleh kekasihku ialah apabila 'dia' menghantar keluarganya untuk meminangku dari keluargaku..itulah tanda kasih dari kekasih. Apakah balasan kasih itu ialah menyerahkan jiwa sebagai bukti cinta?? Sebagai muslim ikatan pertunangan adalah tanda janji ikan tibanya ijab dan qabul. Bukti setia apabila si lelaki dan perempuan itu sentiasa menjaga diri serta kehormatannya sebagai tunangan orang. Bilakah masanya kita perlu serahkan jiwa raga? Dalam Islam, apabila seorang lelaki yang wanita itu dinikahkan barulah dihalalkan hubungan jiwa dan raga itu..
No comments:
Post a Comment