Friday, 30 March 2012

kekalutan di minda....

Sekejap je masa berlalu... rasanya baru semalam hari isnin(ari mula keja dlm minggu ni) n hari ni dah jumaat...pastu kejap ja rasa cuti..dah timbul hari Isnin balik. Rasanya nak je cuti tu lelama sikit...hehe. Actually, minggu ni agak banyak perkara yang ku tempuhi...mungkin tak mampu ku ceritakan semuanya... 

1) Pejabat ku sedang di renovate n kedudukan staff akan bertukar.. kat mana la mereka akan letakkan ku dan Nor...siapa nak bela kebajikan kami?? Bos jauh di Pej Agama Butterworth... hanya harapkan Bahagian Pendakwaan..nasib baik bos mereka(Tuan KPS) sudi menerima kami. Jauh di sudut hati, nak je ku minta pada bos untuk bertukar ke Pej Agama Butterworh untuk bersama-sama sahabat lain..tapi memandangkan jarak yang jauh dari rumah ku, perkara itu ku diamkan..cuma ku mengharapkan agar dpt tukar ke Pej Agama daerahku..tak kisah la walau hanya ku seorg penguatkuasa di sana..kalau dia nak ku tukar bahagian pun ku sanggup...supaya lebih dekat dengan rumah ku. Banyak hal yang memerlukan ku lebih dekat dengan rumah..Tok pun sering sakit sekarang, jadi ku amat berharap agar pertukaran ku akan memudahkan ku untuk pulang awal menjengoknya..

2) Ku mendengar khabar angin yang menyatakan permohonan pertukaran ku ke Pej Agama daerahku telah ditahan oleh Ketua bahagianku kerana beberapa sebab n sebab yang diberikan tak dapat ku nafikan kebenaranya. Ku tahu demi keseronokan bekerja, adalah lebih baik ku dan Nor bertukar ke butterworth..Dan perkara yang buatku tidur tak lena ialah dia nak ku ke Pej Agama Butterworth iaitu tempat di mana semua Bahagian Penguatkuasaan berpusat. Sebelum ni ku dan Nor bertugas di HQ iaitu di Georgetwn..dan sahabat yang lainnya dah bertukar ke sana. Mampukah ku ke sana? kena bertolak lebi awal..jarak perjalanan bertambah..kena tol..masa perjalanan panjang..tambahan pula bila jalan jem..hari-hari kena naik feri@jambatan pulau pinang pastu tempuh bukit pulak .. fuh rasanya tak mampu ku lakukan untuk jangka masa panjang.. dan yang lebih payah lagi ialah ku dapat g dan balik keja ngan hubby lagi..

3) Hari ni ketua ku nak jumpa.. jadi pagi ni ku dan Nor akan ke Pej Agama Butterworth untuk berjumpanya. Apa akan berlaku nnt...akan ku story selepas ini...

Wednesday, 28 March 2012

Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan



◆ Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
Kintop
Body Beaus
BMI-9 Xylimming Capsule
Senna Plus Capsule


◆ Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
Lami


◆ Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
Obexlim
Slimax Coffee
Beaute Fit Body Contour
Body Trimz


◆ Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
357 Nasal Spray


◆ Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
Makjun Taufiq Dua Istimewa
Majun Dua Istimewa
Ginseng Jin Fui Wan
Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
Makjun Syafiq 3 Istimewa
Reepo


◆ Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
Air Ikan Haruan


◆ Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
Eriesya Spa Beauty Cream
Atika Beauty Renewal Cream
Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
Ratna Sari Whitening Night Cream
Tia Amelia Krim Jeragat
Chantique Whitening Night Cream
RZAC White Pearl Cream
Nuriz Day and Night Cream
Elite Rias Er Cream
R&Z Whitening Night Cream
Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
Pigmentation Recovery Complex
Zara Rejuvenation Cream
Natasya Krim Herba Gold
De Putih Night Cream


◆ Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill


◆ Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
Qian Tong Dan
Raja Ubat Resdung
Coral Plus UA 350MG


Sumber : Berita Harian Online.



Kongsi info: http://www.NurulAmir.com/


Monday, 26 March 2012

Pembunuh Dirang Didakwa

Penganggur Didakwa Bunuh Dirang

Posted on the March 26th, 2012 under Tempatan by admin

Dirang dibunuh dalam keadaan yang menyedihkan
                                               

JOHOR BARU: Seorang penganggur, didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan membunuh seorang kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah (Dirang) disebuah ladang kelapa sawit, 1 Mac lalu.

Muidin Mydin,24, menundukkan kepalanya selepas pertuduhan membunuh Dirang di sebuah ladang kelapa sawit pada pukul 11 pagi hingga 7 malam pada 1 Mac dibacakan terhadapnya.

Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed.

Bagaimanapun, tiada kenyataan direkodkan.

Muidin yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mohd Isa kemudian menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Muidin Maidin,24, (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Baru atas tuduhan membunuh Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang pada 1 Mac lalu.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang lelaki yang ditahan bersama-sama Muidin untuk membantu siasatan berhubung pembunuhan Nurul Nadirah, dihukum penjara sebulan dan dua tahun pengawasan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah.

Razmin Mosum, 34, yang juga seorang buruh mengaku melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Masai, kira-kira pukul 8.40 malam, 2 Mac lepas.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan dua tahun pengawasan. Mohd Isa memerintahkan hukuman penjara terhadap Razmin berjalan serentak dari tarikh tangkap, pada 2 Mac lepas.

Pendakwaan terhadap Muidin dan Razmin dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M.Vinodharan.

30 Jalan Memikat Suami



Buat isteri-isteri ini 30 jalan emas untuk memikat suami anda.


1. Anda adalah sekuntum mawar yang sedang bersinar di rumah anda. buatlah disaat suami anda masuk ke rumah, dia merasa bahwa kecantikan dan keharuman mawar tersebut, tidak bukan dan tidak lain hanyalah untuknya seorang


2. Bagaimana caranya agar suami anda itu boleh merasa damai dan nyaman, baik dengan perbuatan ataupun dengan kata-kata? hal itulah yang secara terus menerus anda selalu usahakan untuk suami anda. untuk kesempurnaannya, lakukan itu dengan sepenuh jiwa.


3. Sopan dan penuh perhatianlah anda ketika berbincang-bincang dan berdiskusi, jauhkanlah perdebatan dan sikap keras kepala dalam mengemukakan pendapat anda.


4. Fahami kebenaran dan keindahan prinsip-prinsip islam di sebalik kelebihan sang suami terhadap anda selaku isteri, yang memang terkait dengan kudrat seorang wanita, dan janganlah hal ini dianggap sebagai sesuatu yang zalim.


5. Lembutkanlah suara anda ketika berbicara dengan suami dan pastikan suara anda tidak meninggi pada saat dia bersama anda.


6. Pastikan anda bangun pada malam hari untuk melakukan solat malam secara rutin, hal ini akan membawa kecerahan dan kebahagiaan pada perkawinan anda, sungguh mengingat akan Allah akan membawa ketenangan pada hati anda.


7. Bersikaplah diam ketika suami anda sedang marah dan jangan tidur kecuali dia mengizinkannya.


8. Berdirilah dekat dengan suami anda ketika dia sedang memakai baju dan sepatunya


9. Buatlah suami anda merasa bahawa anda menginginkan suami untuk mengenakan baju yang anda pilih buat dia, pilihlah pakaian itu oleh anda sendiri


10. Anda harus peka dan memahami keperluan suami anda, untuk menjadikan pernikahan anda menjadi yang terbaik tanpa menghabiskan waktu anda.


11. Ketika ada perselisihan pendapat, hendaknya anda tidak menunggu agar suami meminta maaf kepada anda (jangan jadikan hal ini sebagai harapan anda) kecuali kalau suami anda secara sadar mengakuinya.


12. Rawatlah penampilan dan pakaian suami anda, biarpun kelihatannya suami anda malas untuk merawat dan memakainya, tapi yakinlah bahwa dia akan menyukainya sebagaimana teman-temannya juga akan menyukainya.


13. Hendaknya anda tidak selalu mengharapkan suami anda untuk berkeinginan melakukan hubungan (suami isteri), sekali-kali anda mulailah lebih dulu, tentu pada saat yang tepat.


14. Di malam hari jadilah seperti pengantin baru buat suami anda, janganlah anda beranjak tidur lebih dulu dari sang suami, kecuali kalau dirasa sangat perlu.


15. Janganlah menunggu atau mengharapkan balasan dari semua perbuatan dan kebiasaan baik anda, banyak suami kerana kesibukan kerjanya, sanggup melupakan untuk melakukan hal tersebut, atau secara tidak sengaja lupa untuk menyampaikan penghargaan yang semestinya kepada anda.


16. Hendaklah meminta sesuai dengan keadaan dan kemampuan kewangan yang ada, dan jangan meminta susuatu yang berlebihan dan mahal.


17. Ketika suami anda baru pulang dari perjalanan yang lama ataupun dari tempat yang jauh, sambutlah dia dengan wajah yang ceria dan tunjukkanlah bahwa anda sangat merindukan kepulanganya.


18. Pastikan untuk selalu memperbaharui dan merubah bentuk penampilan anda, sebagai tanda dan ungkapan kasih anda menyambut suami tercinta.


19. Ketika suami meminta sesuatu untuk melakukan hal-hal tertentu, maka pastikan anda melakukannya dengan ikhlas dan sepenuh hati, jangan sampai anda merasa susah kerananya.


20. meskipun cinta merupakan hal penting dalam perkawinan, jangan semata-mata hanya mengandalkan cinta sebagai dasar perkahwinan


21. Jadilah contoh bagi pasangan anda dan biarkan perilaku baik anda yang bercerita dan menyampaikan kepribadian anda


22. Jangan beri kesempatan kepada para kerabat anda, mahupun jiran tetangga untuk ikut campur dalam urusan anda berdua. cuba sedaya mungkin menyelesaikan permasalahan anda sendiri.


23. Jangan sibukkan diri anda untuk memperbetulkan kesalahan-kesalahan yang anda rasakan pada pasangan anda. ada banyak hal dan kebiasaan yang hanya akan berubah seiring berjalannya waktu, serta jangan mempebesarkan masalah-masalah kecil dan menjadikannya permasalahan besar.


24. Anda harus mengerti dan menerima tanggung jawab sebuah perkawinan serta kesanya dengan sepenuh hati serta kepuasan yang mendalam


25. Berhati-hatilah untuk menghindari perselisihan di antara anda berdua dan pastikan anda tidak menghina dan memalukan pasangan anda


26. Berkerjasamalah dengan suami anda dan libatkan lah diri anda dalam tugas-tugas bersama, hal ini akan menguatkan ikatan anda dan menciptakan kenangan indah di kemudian hari.


27. Berikanlah kebebasan kepada pasangan anda untuk mengekseperasikan dirinya sendiri. jadilah seorang pendorong atas kehendak kuat yang dimiliki pasangan anda, dan janganlah anda merendahkan kemampuan yang dimiliki pasangan anda.


28. Hak-hak yang berkaitan dengan kewangan haruslah dihormati. hal tersebut sama sekali tidak boleh dianggap remeh, karena biasanya masalah ini adalah salah satu penyebab terbesar terjadinya perselisihan dalam keluarga


29. jangan libatkan pasangan anda kesedihan yang anda alami dan cubalah sebaik mungkin untuk mengatasinya sendiri. namun pastikan bahwa anda tidak akan melupakannya pada saat-saat yang bahagia.
  
  Oleh syekh omar bakri muhammad


sumber: http://seri-pantai.blogspot.com

KPSL JAKIM


Bahan rujukan yang ku kena study... huhu... harap2 berjaya ya ye...

-Akidah Islam -Pola Hidup Manusia Beriman.Sayid Sabiq (1991) Alih Bahasa oleh M. AbdaiRathomy.

-Petunjuk Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Jilid 1 dan 2, Ahmad Izzuddin Al-Bayanuni 2003, JAKIM

-Darul Ma’rifah, Said Ibrahim (2000) Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Gombak

-Akidah Mukmin, Mustafa Hj Daud.. JAKIM.

-Beirut : Dar al-Ma’rifat, Abdul Qahir bin Tahir bin Muhammad Al-Baghdadi. Al-Farq Bayn al-Firaq.

-Syiah dan Ahlus–Sunnah, Hasymy Asurabaya (1983). P.T. Bina Ilmu.

-Pencemaran Akidah Di Nusantara, Rahmat, O.K (1983) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

-Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah JAKIM (1996).

-Kitab al-Fiqh ala Mazahib al-Arbaah. Juzu’ 4 dan 5 Abdul Rahman Al-Jazairi.. Dar Irsyad.

-Fiqh dan Perundangan Islam, Wahbah al-Zuhaili (1995). Terjemahan Md. Akhir Hj Yacob etal (Jld. IV). Kuala Lumpur: DBP.

-Bidayatul-Mujtahid. Juzuk II dan III Ibnu Rusdy (1991). Terjemahan M.A Abdul Rahman & A. Haris Abdullah.

-Bulughul Maram (Terjemahan) JAKIM.

-Mathla’it Badrain Wa Majma’ul Bahrain.Mohamad Ismail Daud Fatani. Pulau Pinang: Penerbitan Pulau Pinang.

-Fiqh Shafie. H. Idris Ahmad S.H (1982) Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

-Fathul Muin Ali Asad.. Penerbitan Menara Kudus

-Hukum Anak-anak dalam Islam.Zakariya Ahmad Al Dary. Penerbitan Bulan Bintang

-Panduan Mengurus Jenazah, oleh Sheikh Abdullah bin Muhammad Basmeih
          (Bahagian Hal Ehwal Islam), 1993. Terbitan JAKIM

-Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-
Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) dan
(Pindaan) 1994

-Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-
Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) dan (Pindaan)
1995

-Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1997 (Akta 560) dan (Pindaan) 2005

-Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-
Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 561) dan
(Pindaan) 2005

-Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-
Wilayah Persekutuan) 1998 (Akta 585) dan (Pindaan)
2005

Suami & Isteri curang...

Aksi terlarang suami dan isteri curang beraksi di parking kereta

Ku rasa tertarik pada entry seorang sahabat... http://sejarahmelayu.blogspot/
on Monday, March 26, 2012




KOTA BHARU: Hanya dengan bayaran RM2 untuk sekali masuk, parking sebuah pasar raya, di sini, tidak ubah seperti ‘parking asmara’ apabila dijadikan sasaran suami dan isteri curang untuk melampiaskan nafsu ketika keluar dari pejabat pada waktu makan tengah hari.


Mereka membawa kenderaan secara berasingan untuk mengelak gerak-geri dihidu kenalan atau keluarga masing-masing sebelum melakukan aksi terlarang di kawasan gelap di dalam kereta mereka.


Difahamkan, walaupun waktu rehat hanya sejam, pertemuan singkat terbabit digunakan sebaik mungkin untuk melepaskan rindu.


Perkara itu didedahkan seorang kakitangan pasar raya berkenaan yang mengakui terkejut melihat gelagat suami dan isteri curang yang menjadikan parking pasar raya itu untuk bermadu kasih.


Dia yang enggan dikenali berkata, bukti perlakuan tidak senonoh itu kerap kali disaksikannya bersama pekerja lain menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di setiap ruang tempat meletak kenderaan itu.

Hadith :

Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan katanya : “Aku bertanya : “ Ya Rasulullah! Manakah satu dosa yang paling besar? Baginda bersabda : “Engkau menjadikan sekutu bagi Allah sedangkan Ia yang menciptakan engkau. Aku bertanya : “ Kemudian apa ?” Baginda bersabda : “ Engkau membunuh anak mu kerana takut ia makan bersama mu. Aku bertanya : “ Kemudian apa ?” Baginda bersabda : “ Engkau berzina dengan isteri jiran mu.”

(al-Bukhari, Muslim, an-Nasaie dan at-Tirmidzi)

Huraian

Islam memandang setiap dosa besar itu sebagai sesuatu yang serius dan orang yang melakukannya wajib bertaubat (nasuha), menyesal tidak mengulangi perbuatan tersebut, memperbanyakkan istighfar dan ibadah kepada Allah. Jika ia mati dan tidak sempat bertaubat maka sesungguhnya balasan seksa yang azab akan menunggunya di neraka kelak. Sedangkan telah disebut dalam sebuah hadis, bahawa seringan-ringan seksaan neraka itu ialah sekiranya batu neraka itu diletakkan di bawah tapak kaki, nescaya akan menggelegaklah otak manusia. Dalam hal mensyirikkan Allah, membunuh anak dan berzina dengan ‘isteri orang’, dosa-dosa yang bakal ditanggung amat berat sekali. Justeru memohon ampun kepada Allah mesti dilakukan (jika ia berkaitan dengan hubungan antara manusia dengan Tuhannya) disusuli dengan memohon kemaafan daripada manusia (individu terbabit) iaitu sekiranya kesalahan atau dosa itu berkaitan berlaku sesama manusia seperti dosa berzina dengan isteri jiran iaitu si pelaku tersebut mesti meminta maaf di atas perbuatan terkutuknya di samping memohon keampunan yang bersungguh-sungguh kepada Allah SWT.





Mohon Allah swt melindungi kita dari perbuatan terkutuk ini…

Friday, 23 March 2012

Bio-essence Tanaka White


Nak try produk ni pulak la... harap2 ok la.. sebelum ni pakai set loreal yang color hijau tu. set tu memang ok la untuk kulit ku yang berminyak+sedikit kering ni... gi Queensbay tu asalnya nak beli crim muka loreal yang dah ke habisan tp apabila ku di promote oleh seorang promoter yang bijak...akhirnya ku tergoda. Tak berani nak beli set yang besar, takut hubby marah kalau tak bagus..hehe. Harap2 ok la ye...


                                   

Rezeki di pagi Jumaat

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi dengan limpahan kasih sayangnya. Sebenarnya pagi ni ku sedih bercampur gembira... akibatnya ku tersenyum sambil menahan air mata dari mengalir..huhu.Terima kasih kepada sahabatku Kak Rohila yang baru pulang dari mengerjakan umrah kerana beliau telah membawa pulang sesuatu untuk ku berikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Ku sangat rasa terharu dengan pemberian ikhlas itu... sangat terharu.Terima kasih banyak2 kak Ila. Allah sahaja dapat membalasnya...  Mendengar ceritanya mengenai Tanah Suci, hati ku sungguh tersentuh. Ya Allah, ku berazam untuk menjejakkan kaki ke sana suatu hari nanti. Ya Allah, perkenankanlah...
                                            

Tuesday, 20 March 2012

ARIES

Hubby : 11 Mac
Me        : 02 April 


So, we are Aries

Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah CAPRICORN, CANCER dan LIBRA.
ARIES SEPINTAS LALU
Lambang Biri-biri Jantan
Kunci Kata Diri Sendiri
Kekuatan Wira Cabaran
Perlu Perbaiki Rasa Terlalu Pemikir dan Menghargai Perasaan Orang Lain
Cepat Mesra Dengan Leo
Perlu Belajar Daripada Libra
Untuk Keselamatan Berpaling Kepada Cancer
Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Capricorn
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh Sagittarius; Pisces
Warna Kesukaan Merah Gincu (carmine); Merah; Merah Marah
Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan Harmoni Hijau; Hijau Jed
Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Hijau
Batu Permata Jed
Logam Besi; Waja
Bau-bauan Bebuas; Bukit
Hari Terbaik Selasa

ARIES : GELAGAT PERHUBUNGAN
Aries punya daya pesona yang tinggi. Dalam pergaulan , anda kelihatan lincah, pintar, berkeperibadian kuat dan teman bual yang mengasyikan. TAURUS ( 21 April – 20 Mei ) , GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ) dan AQUARIUS ( 20 Januari – 18 Febuari ) adalah kekasih yang tepat bagi Aries. Sebaliknya, anda perlu berhati – hati apabila berkasih dengan CAPRICORN (21 Disember – 19 Januari) atau CANCER (21 Jun – 20 Julai).
Taurus yang matang adalah pendamping yang tepat bagi Aries . Dengan sikapnya yang tenang; Taurus yang berlambang Lembu Jantan , mampu menundukkan Biri – biri Jantan (Aries ) yang tidak mahu duduk diam. Gemini juga boleh menjadi kekasih yang ideal bagi Aries . Kebetulan Gemini dan Aries mempunyai banyak persamaan, iaitu aktif , cerdas dan bijak. Dengan kematangannya , Aries boleh mengendali kekurangan Gemini. Di samping Aquarius , Aries mampu mengecapi bahagia. Aries tidak mempersoalkan sifat kekasih yang romantik seperti Aquarius. Sebaliknya kecerdasan Aquarius menjadi daya tarikan yang kuat buat Aries.
Capricorn bukan pula pasangan yang ideal bagi Aries yang aktif dan terbuka. Sifat Capricorn yang konservatif dan tertutup boleh membosankan anda . Namun , Capricorn setia orangnya ! Sebaliknya , anda sukar berdamping dengan Cancer yang sensitif. Apabila anda tersalah cakap , Cancer mungkin murung berterusan. Walau bagaimana pun , Cancer jujur dan pelindung orangnya

ARIES : PERHUBUNGAN SEKS
Sebagaimana SCORPIO ( 23 Oktober – 22 November ) , Aries adalah lambang paling seksi. Orang kelahiran Aries nampak sahaja dingin dari segi luaran , tetapi apabila mendapat kesempatan , mereka akan “mengodam" pasangannya (Aries ) habis – habisan sebelum dia (Aries ) sempat bersedia ! Lelaki dan perempuan Aries senantiasa memikirkan seks ! Namun mereka cukup penyayang dan mudah pula terluka . Kalau pandai menjaga hatinya pasti kelahiran Aries akan meminta selalu.

ARIES : KERJAYA DAN KEWANGAN
Kelahiran berlambang Aries ini sentiasa bercita – cita merintis kerjaya sendiri daripada hanya bekerja dengan majikan. Walau bagaimana pun , Aries jarang menyelesaikan projek hingga ke penghasilan yang memuaskan ! Namun , pada jangka pendek , tiada siapa yang mampu mengatasi daya rintis Aries. Lantaran itu , supaya berhasil ke puncak kerjaya , orang Aries perlu memperbaiki kualiti pengurusan dan pentadbiran pada jangka panjang. Pada umumnya , Aries mementingkan tindakan , dan pemantauan daripada mencari dan mengumpulkan wang semata – mata. Orang yang kelahiran Aries biasanya pekerja yang kuat dan rajin dan anda mampu memperolehi banyak wang kerana kekuatan tenaga dan pemikiran.

ARIES : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA
Orang yang berlambang Aries adalah raja dalam rumah ( bos ) ! Lelaki Aries akan menyerahkan tugas hal – ehwal dalam rumah tangga kepada pihak perempuan ( isterinya ). Manakala perempuan Aries pula akan cenderung untuk memerintah ! Aries gemarkan keluarga yang besar dan memerlukan peranan setiap ahli keluarganya . Dalam hal ini, Aries adalah orang keluarga yang baik walaupun anda tidak semestinya suka terperap (terpenyap) di dalam rumah ! Aries sukakan kanak – kanak dan sebenarnya lembut dan mesra dengan pasangannya. Pada keseluruhannya , Aries suka pulang ke rumah setelah bekerja lama dan kuat di luar rumah.

Monday, 19 March 2012

Amalan Paling Utama..

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya:
"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: "Beriman kepada Allah s.w.t Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah s.w.t. iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima"

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w:

"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda s.a.w., semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda s.a.w."

Adakah jihad ke arah pembangunan dan ekonomi seperti yang disyorkan oleh media massa itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t? Apa matlamat jihad pembangunan dan ekonomi itu, disandarkan kepada apa ? Keranamu Malaysia ? Dimata dunia ? Dapatkah harta benda kita di bawa ke liang lahad dan menjadi penolong kita di akhirat ?

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya *

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah S.W.T. dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup). - Surah Al-Imran 157.

Terukir di Bintang....Yuna

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Friday, 16 March 2012

Menghadapapi Ujian Allah

Saya ingin berkongsi dengan sahabat – sahabat semua tips untuk menghadapi ujian. Sebenarnya, paling tidak, ada tujuh tips untuk  menghadapi pelbagai ujian kehidupan, iaitu :
  • Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)
  • Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)
  • Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)
  • Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)
  • Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Fakta menunjukkan bahawa  idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. ( Saya sering mengalaminya ketika peperiksaan akhir semester). Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)
  • Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Optimis dapat  melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan  hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)
  • Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60)
Itulah tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian. Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, Insyaallah ia akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa. Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun kalau kita berada dipuncak ujian. Untuk itu, jadikanlah ujian sebagai tangga untuk meraih pertolongan Allah SWT.

HUKUM ANAK ANGKAT DALAM ISLAM

Tanya:
Bolehkah menjadikan anak orang lain sebagai anak angkat dalam keluarga kita di mana kita menganggapnya seperti anak sendiri? Lalu bagaimana hijab dengannya bila si anak sudah baligh?
Jawab:
Asy-Syaikh Muhammad bin Ibrahim Alusy Syaikh rahimahullahu menjawab permasalahan yang seperti ini dengan pernyataan beliau, “Dahulu di jaman jahiliah, orang-orang yang mengangkat anak memperlakukan anak angkat mereka seperti anak mereka yang hakiki atau seperti anak kandung dari segala sisi; dalam hal warisan, dalam hal bolehnya anak angkat tersebut berkhalwat (bersepi-sepi) dengan istri mereka, dan dianggapnya istri mereka sebagai mahram bagi anak angkat tersebut.
Adalah Zaid bin Haritsah radhiyallahu ‘anhu, maula Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, di masa sebelum beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam diangkat sebagai nabi, dipanggil dengan Zaid bin Muhammad (karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengangkatnya sebagai anak). Maka Allah ‘Azza wa Jalla berkehendak untuk menghapuskan semua anggapan orang-orang jahiliah tersebut berkaitan dengan anak angkat. Datanglah syariat Islam dalam masalah anak angkat ini berikut hukum-hukumnya yang tegas sebagaimana tersebut berikut ini:
1. Menghapus dan melarang adanya anak angkat yang dianggap sebagai anak yang hakiki dalam segala sisi, berdasarkan firman Allah ‘Azza wa Jalla:
وَمَا جَعَلَ أَدْعِيَاءَكُمْ أَبْنَاءَكُمْ ۚذَ‌ٰلِكُمْ قَوْلُكُمْ بِأَفْوَاهِكُمْ ۖ وَاللَّهُ يَقُولُ الْحَقَّ وَهُوَ يَهْدِي السَّبِيلَ ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ ۚ فَإِنْ لَمْ تَعْلَمُوا آبَاءَهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَمَوَالِيكُمْ
Dan Allah sekali-kali tidak menjadikan anak-anak angkat kalian sebagai anak kandung kalian sendiri. Yang demikian itu hanyalah perkataan kalian di mulut kalian saja. Dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan Dia menunjukkan jalan yang benar. Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan memakai nama bapak-bapak mereka, itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dan jika kalian tidak mengetahui bapak-bapak mereka maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kalian seagama dan maula-maula kalian….” (Al-Ahzab: 4-5)
Dalam ayat-ayat di atas, Allah ‘Azza wa Jalla menerangkan bahwa ucapan seseorang kepada anak orang lain dengan “anakku” tidaklah berarti anak tersebut menjadi anaknya yang sebenarnya yang dengannya ditetapkan hukum-hukum bunuwwah (anak dengan orangtua kandungnya). Bahkan tidaklah mungkin anak tersebut bisa menjadi anak kandung bagi selain ayahnya. Karena, seorang anak yang tercipta dari sulbi seorang lelaki tidaklah mungkin ia dianggap tercipta dari sulbi lelaki yang lain, sebagaimana tidak mungkinnya seseorang memiliki dua hati/jantung1. Dan Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan kita agar mengembalikan penasaban anak-anak angkat tersebut kepada ayah kandung mereka, bila memang diketahui siapa ayah kandung mereka. Bila tidak diketahui maka mereka adalah saudara-saudara kita seagama dan maula kita. Allah Subhanahu wa Ta’ala beritakan bahwa yang demikian ini lebih adil di sisi-Nya.
2. Memutuskan
dengan ayah angkatnya. Hal ini terkandung dalam ayat-ayat yang telah dibawakan di atas2. Juga disebutkan bahwa dalam perkara hubungan waris antara anak angkatanak angkat, Allah ‘Azza wa Jalla menurunkan ayat:
وَالَّذِينَ عَقَدَتْ أَيْمَانُكُمْ فَآتُوهُمْ نَصِيبَهُمْ
Dan jika ada orang-orang yang kalian telah bersumpah setia dengan mereka, maka berilah kepada mereka bagiannya3.” (An-Nisa’: 33)
Ibnu Jarir rahimahullahu mengeluarkan riwayat dari Sa’id ibnul Musayyab rahimahullahu yang menyatakan, “Ayat ini hanyalah turun terhadap orang-orang yang dulunya menganggap anak pada selain anak kandung mereka dan mereka memberikan warisan terhadap anak-anak angkat tersebut. Maka Allah ‘Azza wa Jalla menurunkan ayat dalam perkara mereka. Untuk anak-anak angkat, Allah Subhanahu wa Ta’ala berikan bagian dari harta (orangtua/ayah angkat mereka) dalam bentuk wasiat4, sementara warisan dikembalikan kepada yang berhak dari kalangan dzawil arham5 dan ‘ashabah6. Allah ‘Azza wa Jalla meniadakan adanya hak waris dari orangtua angkat untuk anak angkat mereka, namun Allah ‘Azza wa Jalla tetapkan adanya bagian harta untuk anak angkat tersebut dalam bentuk wasiat.”7
3. Dihalalkannya mantan istri anak angkat (setelah perceraian keduanya) untuk dinikahi oleh ayah angkatnya. Hal ini tampak dengan Allah ‘Azza wa Jalla menikahkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan Zainab bintu Jahsy radhiyallahu ‘anha setelah diceraikan oleh Zaid bin Haritsah radhiyallahu ‘anhu yang dulunya merupakan anak angkat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebelum turunnya ayat-ayat yang melarang hal tersebut. Allah ‘Azza wa Jalla menerangkan hikmah dari kejadian tersebut dengan firman-Nya:
زَوْجَكَ وَاتَّقِ اللَّهَ وَتُخْفِي فِي نَفْسِكَ مَا اللَّهُ مُبْدِيهِ وَتَخْشَى النَّاسَ وَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ تَخْشَاهُ ۖ فَلَمَّا قَضَىٰ زَيْدٌ مِنْهَا وَطَرًا
“Kami nikahkan dia denganmu agar tidak ada keberatan bagi kaum mukminin untuk menikahi istri-istri anak angkat mereka apabila anak angkat tersebut telah menyelesaikan urusan dengan istri-istri mereka (telah bercerai).” (Al-Ahzab: 37)
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman dalam ayat yang menyebutkan tentang wanita-wanita yang haram dinikahi:
وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ
“…dan istri-istri dari anak-anak kandung kalian….” (An-Nisa’: 23)
Berarti dikecualikan dalam hukum pengharaman tersebut para istri anak-anak angkat (boleh dinikahi oleh ayah angkat suaminya bila mereka telah bercerai).
4. Keharusan istri ayah angkat untuk berhijab dari anak angkatnya, sebagaimana ditunjukkan dalam kisah Sahlah bintu Suhail istri Abu Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu, tatkala Sahlah datang menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu menyatakan, “Wahai Rasulullah, kami dulunya menganggap Salim seperti anak kami sendiri. Sementara Allah telah menurunkan ayat tentang pengharaman anak angkat bila diperlakukan seperti anak kandung dalam segala sisi. Padahal Salim ini sudah biasa masuk menemuiku (tanpa hijab)….”
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pun menetapkan kepada Sahlah ketidakbolehan ikhtilath dengan anak angkat setelah turunnya ayat Al-Qur’an tersebut. Jalan keluarnya, beliau menyuruh Sahlah agar memberikan air susunya kepada Salim, dengan lima susuan yang dengannya ia menjadi mahram bagi Salim (yakni sebagai ibu susu, pent.)
5. Ancaman yang ditekankan dan peringatan yang keras bagi orang yang menasabkan dirinya kepada selain ayah kandungnya. Dalam hal ini ada ayat Al-Qur’an yang di-mansukh (dihapus) bacaannya namun hukumnya tetap berlaku, yaitu:
وَلَا تَرْغَبُوا عَنْ آبَائِكُمْ فَإِنَّهُ كُفْرٌ بِكُمْ أَنْ تَرْغَبُوا عَنْ آبَائِكُمْ
“Dan janganlah kalian benci (untuk bernasab) dengan bapak-bapak kalian karena sungguh itu adalah kekufuran bila kalian benci (untuk bernasab) dengan bapak-bapak kalian.”
Al-Imam Ahmad rahimahullahu meriwayatkan dari Umar ibnul Khaththab radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
كُنَّا نَقْرَأُ: وَلاَ تَرْغَبُوا عَنْ آبَائِكُمْ فَإِنَّهُ كُفْرٌ بِكُمْ أَنْ تَرْغَبُوا عَنْ آبَائِكُمْ
Kami dulunya membaca ayat: “Dan janganlah kalian benci (untuk bernasab) dengan bapak-bapak kalian karena sungguh itu adalah kekufuran bila kalian benci (untuk bernasab) dengan bapak-bapak kalian.”
Dalam hadits yang shahih dinyatakan:
مَنِ ادَّعَى إِلَى غَيْرِ أَبِيْهِ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ غَيْرُ أَبِيْهِ فَالْجَنَّةُ عَلَيْهِ حَرَامٌ
Siapa yang mengaku-aku bernasab kepada selain ayahnya dalam keadaan ia tahu orang itu bukanlah ayah kandungnya maka surga haram baginya.”8
Tersisa sekarang dua perkara dalam masalah menyebut anak pada selain anak kandung dan penasaban kepada selain ayah kandung. Kita akan sebutkan berikut ini:
Pertama: Apabila seseorang memanggil seorang anak dengan panggilan/sebutan ‘anakku’ (padahal bukan anaknya yang sebenarnya) untuk memuliakan dan menyatakan kecintaannya kepada si anak, hal ini tidaklah termasuk dalam larangan berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, An-Nasa’i, dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata:
قَدَّمَنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُغَيْلِمَةَ بَنِي عَبْدِ الْمُطَّلِبِ عَلَى حُمُرَاتٍ لَنَا مِنْ جَمْعٍ، فَجَعَلَ يَلْطَخُ أَفْخَاذَنَا وَيَقُوْلُ: أُبَيْنـِيَّ –تَصْغِيرُ ابْنِي– لاَ تَرْمُوا الْجُمْرَةَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
(Pada malam Muzdalifah) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengedepankan kami anak-anak kecil dari Bani Abdil Muththalib (lebih awal meninggalkan tempat tersebut/tidak mabit, pent.) di atas keledai-keledai kami. Mulailah beliau memukul dengan perlahan paha-paha kami seraya berkata, “Wahai anak-anakku, janganlah kalian melempar jumrah sampai matahari terbit.”9
Ini dalil yang jelas sekali, karena Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma ketika hajjatul wada’ (haji wada’) berusia sepuluh tahun.
Kedua: Orang yang sudah terlalu masyhur dengan sebutan yang mengandung penasaban kepada selain ayahnya, seperti Al-Miqdad ibnu ‘Amr radhiyallahu ‘anhu yang lebih masyhur dengan Al-Miqdad ibnul Aswad, di mana hampir-hampir ia tidak dikenal kecuali dengan penasaban kepada Al-Aswad ibnu Abdi Yaghuts yang di masa jahiliah mengangkatnya sebagai anak, maka ketika turun ayat yang melarang penasaban kepada selain ayah kandung, disebutlah Al-Miqdad dengan ibnu ‘Amr. Namun penyebutannya dengan Al-Miqdad ibnul Aswad terus berlanjut, semata-mata sebagai penyebutan bukan dengan maksud penasaban. Yang seperti ini tidak apa-apa sebagaimana disebutkan dalam Tafsir Al-Qurthubi, dengan alasan yang disebutkan oleh Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullahu bahwa tidak pernah didengar dari orang terdahulu yang menganggap orang yang dipakaikan baginya sebutan tersebut telah berbuat maksiat.10”. Wallahu ta’ala a’lam bish-shawab.
(Fatawa wa Rasa’il Samahatusy Syaikh Muhammad bin Ibrahim Alusy Syaikh, 9/21-25, sebagaimana dinukil dalam Fatawa Al-Mar’ah Al-Muslimah, hal. 889-891)
Catatan kaki:
1 Awal ayat di atas berbunyi:
مَا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِنْ قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِهِ
Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua hati/jantung dalam rongganya….” (Al-Ahzab: 4)
2 Allah ‘Azza wa Jalla berfirman dalam ayat ke 6 surah Al-Ahzab:
وَأُولُو الْأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَىٰ بِبَعْضٍ فِي كِتَابِ اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ
Dan orang-orang yang memiliki hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah daripada orang-orang mukmin (yang lain yang tidak punya hubungan darah) dan orang-orang Muhajirin….”
3 Awal ayat ini adalah:
وَلِكُلٍّ جَعَلْنَا مَوَالِيَ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ
“Bagi tiap-tiap harta peninggalan dari harta yang ditinggalkan ibu bapak dan karib kerabat, Kami jadikan pewaris-pewarisnya….”
4 Wasiat di sini tidak lebih dari 1/3 harta si mayit.
5 Dzawil arham adalah semua kerabat mayit yang tidak mendapat bagian fardh dan ta’shib dari harta warisan.
Ahli waris terbagi dua:
- Ada yang mendapat bagian warisan dengan fardh yaitu ia mendapat bagian yang tertentu kadarnya, seperti setengah atau seperempat.
- Ada yang mendapat bagian warisan dengan ta’shib yaitu kadarnya dari warisan tidak ada penentuannya.
6 ‘Ashabah adalah kerabat mayit yang mendapat bagian dari harta warisan tanpa ada batasan tertentu, bahkan bila dia cuma sendirian, dia berhak mendapat semua harta si mayit.
7 Jami’ul Bayan fi Ta’wilil Qur’an, 4/57.
8 HR. Al-Bukhari no. 4326 dan Muslim no. 217.
9 Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu
10 Tafsir Al-Qurthubi, 14/80.

Wednesday, 14 March 2012

Pernah mengusik kalbu...

Sebenarnya ku pernah hampir mengambil anak angkat... panjang ceritanya..
masih ku ingat setiap detik itu. Peristiwa itu sebenarnya sedih untuk ku kenang kan..betapa sukarnya detik itu..tuhan saja yang tahu.. 


13/1/2011
 2.30pm
Ku telah diberitahu oleh Pegawai Ehawal Islam yang bertugas di Hospital Bersalin Pulau Pinang melalui panggilan telefon bahawa ada seorang ibu yang ingin menyerahkan bayinya yang baru lahir kepada keluarga angkat. Mendengar berita itu hatiku jadi tak keruan.... happy sangat sbb ku dah berazam..ku belum nak cari anak angkat tapi jika suatu hari jika ada orang nak beri bayinya padaku, ku akan ambil bayi itu. 
Ku terus hubungi hubby...hubby agak terperanjat...eh yaka? katanya : sayang jangan buat keputusan lagi, kita harus bincang dengan keluarga dulu. ku akui tapi ku terus sms pegawai hospital tu yang ku setuju nak ambil bayi itu..pada masa itu hati ku yakin sangat akan tempuhi semua orang..
2.40pm
ku masuk ke bilik bos yang ku panggil Ustaz Mus. Minta pendapat padanya...nak story kat dia pun susah time tu sbb air mata pun lumba-lumba nak turun...huhu. Dia menyokong ku kerana katanya itu rezeki dan walau apa jua latar belakang bayi itu ku perlu kuat untuk hadapinya. hatiku berbunga lagi...terus minta cuti esoknya.
2.45-5.00pm
hatiku berdebar-debar sangat...dah mula berfikir budget mengejut untuk beli barang baby...kerana terlalu excited...hampir semua teman-teman pejabat ku ceritakan..bibir ni tak henti nak senyum je...tapi terketar-ketar sikit sebab menahan sebak...huhu. kawan2 merestuiku...mungkin ini masanya,,,
5.00pm
terus bergegas pulang... sambil drive terus call sahabat ku Nor. Nor baru je bersalin. Dia punyai cerita sedih. Anaknya sedang dirawat di ICU...rupanya dia bersalin diusia kandungannya 6 bulan. Sambil drive... ku berangan-angan..
8.00pm
Ku temani Nor ke ICU untuk menghantar susu dan melawat anaknya. ku tak dibenarkan masuk kerana hanya ibu bapa bayi sahaja. Rasanya nak je ku minta izin untuk masuk ke wad dan cari ibu yang nak beri ku bayinya tu...tapi atas nasihat Nor, ku batalkan saja kerana dah lewat malam.
14/10/2011
08.00am
Ku dan Nor tiba di Hospital Bersalin. Nor pergi melawat anaknya. Ku pula terintai2 wad B di mana ibu kepada bayi itu ditempatkan. Ku hanya tahu namanya tapi tak kenal orangnya. 
11.00am
Ku dan Nor duduk di kerusi menunggu di depan wad. Waktu melawat ialah jam 12. Waktu itu ada seorang ibu yang bagiku cantik orangnya sedang memegang handphone.  Ku terus sebut nama ibu itu padanya kot2 dia kenal. Rupanya itu lah ibunya. Hasil temu bual,  dia akui anak itu tiada bapa. Anak itu adalah hasil hubungan dengan kekasihnya. Ku berjanji akan ambil bayinya dan dia memang kelihatan tak ambil kisah terhadap bayinya. bayinya pun dia tak mahu tengok hingga nurse terpaksa asingkan anaknya demi keselamatan bayinya itu. Yang dia tahu dia cuma nak di jamin dan dibayar duit hospital untuknya keluar.
11.30am
Ku dan Nor berjumpa nurse untuk membayar duit caj hospital terhadap ibu bayi itu. Nurse  suruh kami bayar di kaunter. Kami bergegas ke kaunter dan buat bayaran. Resit itu ku bawa kembali kepada nurse tadi. Dia buat panggilan kpd seorang peg. kebajikan masyarakat dan peg itu benarkan ibu dan bayi discarge pada pukul 3. Nor bertanya kepada ibu bayi tu ttg keleangkapan bayinya. Amat sedih..langsung tiada apa..walau sehelai kain lampin.
11.30am
Ku berpesan kepada ibu bayi itu untuk menanti kami pulang dari shopping complex untuk membeli kelengkapan bayi itu untukku bawa pulang. Ku dan Nor bergegas keluar untuk membeli barangan bayi. Banyak juga wang yang ku belanjakan. Ku yakin ibu bayi itu tak mahu bayinya tetapi apa yang ku risaukan ialah ibu itu akan larikan anaknya kerana wang hospital semua dah ku bayar.
sambil memandu, ku hubungi ibuku. Nada suaranya seperti tidak menyokongku. Adikku terus mengambil telefon dan memarahiku dengan keputusan ini. Anak itu tak bersalah dik... kakak cuma nak kongsi kasih sayang denganNya...Ku hubungi ayah...suara ayah lain sekali. Apabila ku beritahu tujuanku ayah terus tanya baby Lelaki atau Perempuan. Bila ku beritahu lelaki ayah terus kata, kalau suamiku izin, ambillah. Air mataku mengalir laju...rupanya ayahku memahamiku dan rupanya dia juga tidak sabar untuk punyai cucu.
2.45pm
Ku dan Nor ke pej pentadbiran untuk menunggu peg kebajikan itu. Ibu bayi itu pun di bawa bersama oleh nurse. Peg kebajikan baru samapai ke pej pukul 3.15 dan panggil ibu itu masuk dan soal dia. Akhirnya dia mengakui bahawa dia tidak mahu anak itu. sedangkan pada awalnya ibu itu berjanji akan bgtau peg kebajikan itu bahawa dia nak jaga sendiri kerana kalau tak memeng bayi itu akan mereka ambil. Ku hanya menunggu tanpa mampu buat apa-apa. Ku juga tak salahkan ibu itu kerana dia dipaksa. Rupanya2 ibu itu adalah seorang anak orang ternama dan ibu itu agak liar.
4.15pm
Pegawai kebajikan itu keluar dari biliknya dan berkata padaku
Pegawai itu : puan tak boleh ambil anak ini, jab kebajikan akan ambil.
Ku : Macam mana boleh jadi mcm ni. Td pukul 11.30 cakap pukul 3.00 dah boleh ambil pulang. Duit pun kami dah bayar semuanya..Ku rasa marah. Nor apatah lagi... pot pet la dia..tak boleh la buat orang macam ni kan.. ku pun bukannya cuba nak ambil budak tu secara paksa, kalau pihak hospital dari awal cakap xboleh, ku takkan sanggup susah payah begitu. 
4.50pm
hasilnya peg itu memberi kata putus untuk ibu itu dijamin oleh ahli keluarga terdekat baru ku boleh ambil bayi itu. Kata2 peg kebajikan itu begitu buat ke berkecil hati. Tak apalah.. apa dayaku. walaupun sebenarnya itu salah pihak hospital. tapi tak patut pegawai itu buat ku begitu. Untuk pegawai itu: kau tak rasa apa yang ku rasa... Kami terus pulang.
15/10/2011
9.00am
Ku, Nor dan hubby tiba di Hospital Bersalin. Kelihatan katil tempat ibu itu kosong....ku dan Nor terus bertanya pada nurse..rupa-rupanya ibu itu telah dijamin oleh abang kandungnya dan bayinya di ambil oleh abangnya pada pukul 7 malam semalam. Nurse tu pun pelik, kenapa pegawai kebajikan itu tidak beritahu mereka janjinya denganku. Ku hubungi abangnya dan abangnya mengakui dan bayi itu telah diberikan pada ibu saudaranya kerana ibunya langsung tak mahu ambil kisah.Tak apalah, bagiku setakat itu sahaja jodohku dengan bayi itu. Yang penting ku tahu bayi itu selamat. Abangnya berjanji akan bayar kembali wang hospital, tapi ku anaggap itu adalah hadiah buat bayi yang belum sempat ku lihat wajahnya.


Ku amat sedih... ini lah yang dikatakan kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya.... Ku redho..barang-barang bayi yang ku beli, ku simpan buat kenangan. Ya Allah.. ku harap suatu hari akan ada sipemakainya..Ya Rabbi..bantulah hambaMu yang lemah ini...










14 Mac 2012

Dan pabila perkara sedih itu datang lagi.. mengapa ia mesti hadir menyapa..mengapa ia harus singgah..tapi kali ini ku agak kuat dan ku nak terus kuat. Tak mahu menitiskan air mata. Tapi tiap kali kehadiran tanpa diundang itu adalah penamat kepada harapanku pada purnama itu. Mungkin boleh cuba lagi pada purnama yang akan datang..tapi masa dan usia terus memburuku. Sebenarnya ku terlalu mengharap keajaiban itu. Walau bagi setengah wanita langsung tak menghargai keajaiban itu. Malah di buang rezekinya begitu sahaja..entahlah. Hari ni, baru 30 minit ku terima berita itu. Rasa terkedu menerimanya..perkara pertama selalunya ku buat ialah sms hubby..'' sayang, ada berita sedih' n hubby akan jawap 'tak pa lah sayang, mungkin belum rezeki kita'.  kesian hubby..kesian sangat. Dulu, sewaktu pertama kali (dan itulah juga mungkin kali terakhir) ku dan dia buat IUI di Hospital Penang dan gagal..ku telah buat permintaan supaya hubby berkahwin satu lagi. Dia terus memeluk ku dan katanya ini ujian untuk kita..kita harus tempuhinya. Berkahwin satu lagi bukanlah penyelesaian yang terbaik dan dia xkan menduakanku kerana alasan itu. Ku tersenyum mendengar pengakuannya. Namun hati kecil ku berbicara..mampukah ku menghadapi keadaan jika dimadukan... mungkin ku akan minta sendiri jika perkara itu berlaku. Tapi hati kecil ku berkata..mampukah ku hidup tanpanya..sedangkan hampir setiap urusan harian ku perlu ada dia. Contohnya memasak di dapur, walaupun dia tak tolong tp cukup lah dia menemaniku..tapi tipu la kalau ku tak minta tolong itu dan ini jika dia ada..hehe. Mampukah ku??? Oh TIDAK! Ya Allah, hanya Mu yang tahu apa yang terbaik untukku. Ya Allah..ku perlukan dia untuk menemaniku sepanjang hayatku..sepanjang masaku..sepanjang jagaku..sepanjang lenaku..sepanjang sakit dan duka ku..sepanjang senang dan girangku.. kerana dia adalah suami yang amatku sayangi.

Monday, 12 March 2012

Birthday Darling

Semalam (tanggal 11 Mac) adalah birthday My Lovely Husband. Tak sempat nak prepare something special for him.. last minute plan..hanya g makan Nasi Arab bersama adik-adikku. On the way ke sana, sempat juga ku singgah ke kedai kek dan beli 1 biji kek biasa.. Nak beli kek besar, sure xhabis n last2 kena marah pula sbb membazir. To my sister, thanks sbb tunjukkan restauran Nasi Arab yang sedap.. Walaupun keletihan & kurang sihat sejak balik dari kursus namun ku tetap nak celebrate birthday my Hubby.. N so sorry sbb celebrate awal..hehe belom masuk pukul 12 pun dah selesai makan..

To My darling...

HaPpY BiRthDaY n Love You Forever....

 Maafkan adinda kerana tak sempat nak prepare apa-apa untuk surprisekan abang seperti yang abang selalu buat time birhtday ayang.. Namun begitu ayang nak abang tahu sesungguhnya ayang rasa amat bertuah menjadi isteri abang dan abang terlalu istimewa di hati ayang.. semoga kita bertambah bahagia walau dipukul ombak dan dilanda badai.. Semoga Allah memberkati kita...Ameen

Sunday, 4 March 2012

Just arrive at ILIM

Tiba lah masanya aku bertolak ke ILIM..sayu rasanya nak meninggalkan hubby untuk 4 hari. Hubby tenang je menghantar ku pintu kereta. Atin(adik bonsu ku) juga tumpang kami hingga ke UKM. Kami bertolak dari R&R Juru l/kurang jam 2.30 petang dan tiba di ILIM l/kurang 11.00 malam. Ku duduk sebilik dengan Wani... kenangan lama terimbau kembali...Ila tetap dalam ingatan.