Dan pabila perkara sedih itu datang lagi.. mengapa ia mesti hadir menyapa..mengapa ia harus singgah..tapi kali ini ku agak kuat dan ku nak terus kuat. Tak mahu menitiskan air mata. Tapi tiap kali kehadiran tanpa diundang itu adalah penamat kepada harapanku pada purnama itu. Mungkin boleh cuba lagi pada purnama yang akan datang..tapi masa dan usia terus memburuku. Sebenarnya ku terlalu mengharap keajaiban itu. Walau bagi setengah wanita langsung tak menghargai keajaiban itu. Malah di buang rezekinya begitu sahaja..entahlah. Hari ni, baru 30 minit ku terima berita itu. Rasa terkedu menerimanya..perkara pertama selalunya ku buat ialah sms hubby..'' sayang, ada berita sedih' n hubby akan jawap 'tak pa lah sayang, mungkin belum rezeki kita'. kesian hubby..kesian sangat. Dulu, sewaktu pertama kali (dan itulah juga mungkin kali terakhir) ku dan dia buat IUI di Hospital Penang dan gagal..ku telah buat permintaan supaya hubby berkahwin satu lagi. Dia terus memeluk ku dan katanya ini ujian untuk kita..kita harus tempuhinya. Berkahwin satu lagi bukanlah penyelesaian yang terbaik dan dia xkan menduakanku kerana alasan itu. Ku tersenyum mendengar pengakuannya. Namun hati kecil ku berbicara..mampukah ku menghadapi keadaan jika dimadukan... mungkin ku akan minta sendiri jika perkara itu berlaku. Tapi hati kecil ku berkata..mampukah ku hidup tanpanya..sedangkan hampir setiap urusan harian ku perlu ada dia. Contohnya memasak di dapur, walaupun dia tak tolong tp cukup lah dia menemaniku..tapi tipu la kalau ku tak minta tolong itu dan ini jika dia ada..hehe. Mampukah ku??? Oh TIDAK! Ya Allah, hanya Mu yang tahu apa yang terbaik untukku. Ya Allah..ku perlukan dia untuk menemaniku sepanjang hayatku..sepanjang masaku..sepanjang jagaku..sepanjang lenaku..sepanjang sakit dan duka ku..sepanjang senang dan girangku.. kerana dia adalah suami yang amatku sayangi.
No comments:
Post a Comment