Wednesday, 14 March 2012

Pernah mengusik kalbu...

Sebenarnya ku pernah hampir mengambil anak angkat... panjang ceritanya..
masih ku ingat setiap detik itu. Peristiwa itu sebenarnya sedih untuk ku kenang kan..betapa sukarnya detik itu..tuhan saja yang tahu.. 


13/1/2011
 2.30pm
Ku telah diberitahu oleh Pegawai Ehawal Islam yang bertugas di Hospital Bersalin Pulau Pinang melalui panggilan telefon bahawa ada seorang ibu yang ingin menyerahkan bayinya yang baru lahir kepada keluarga angkat. Mendengar berita itu hatiku jadi tak keruan.... happy sangat sbb ku dah berazam..ku belum nak cari anak angkat tapi jika suatu hari jika ada orang nak beri bayinya padaku, ku akan ambil bayi itu. 
Ku terus hubungi hubby...hubby agak terperanjat...eh yaka? katanya : sayang jangan buat keputusan lagi, kita harus bincang dengan keluarga dulu. ku akui tapi ku terus sms pegawai hospital tu yang ku setuju nak ambil bayi itu..pada masa itu hati ku yakin sangat akan tempuhi semua orang..
2.40pm
ku masuk ke bilik bos yang ku panggil Ustaz Mus. Minta pendapat padanya...nak story kat dia pun susah time tu sbb air mata pun lumba-lumba nak turun...huhu. Dia menyokong ku kerana katanya itu rezeki dan walau apa jua latar belakang bayi itu ku perlu kuat untuk hadapinya. hatiku berbunga lagi...terus minta cuti esoknya.
2.45-5.00pm
hatiku berdebar-debar sangat...dah mula berfikir budget mengejut untuk beli barang baby...kerana terlalu excited...hampir semua teman-teman pejabat ku ceritakan..bibir ni tak henti nak senyum je...tapi terketar-ketar sikit sebab menahan sebak...huhu. kawan2 merestuiku...mungkin ini masanya,,,
5.00pm
terus bergegas pulang... sambil drive terus call sahabat ku Nor. Nor baru je bersalin. Dia punyai cerita sedih. Anaknya sedang dirawat di ICU...rupanya dia bersalin diusia kandungannya 6 bulan. Sambil drive... ku berangan-angan..
8.00pm
Ku temani Nor ke ICU untuk menghantar susu dan melawat anaknya. ku tak dibenarkan masuk kerana hanya ibu bapa bayi sahaja. Rasanya nak je ku minta izin untuk masuk ke wad dan cari ibu yang nak beri ku bayinya tu...tapi atas nasihat Nor, ku batalkan saja kerana dah lewat malam.
14/10/2011
08.00am
Ku dan Nor tiba di Hospital Bersalin. Nor pergi melawat anaknya. Ku pula terintai2 wad B di mana ibu kepada bayi itu ditempatkan. Ku hanya tahu namanya tapi tak kenal orangnya. 
11.00am
Ku dan Nor duduk di kerusi menunggu di depan wad. Waktu melawat ialah jam 12. Waktu itu ada seorang ibu yang bagiku cantik orangnya sedang memegang handphone.  Ku terus sebut nama ibu itu padanya kot2 dia kenal. Rupanya itu lah ibunya. Hasil temu bual,  dia akui anak itu tiada bapa. Anak itu adalah hasil hubungan dengan kekasihnya. Ku berjanji akan ambil bayinya dan dia memang kelihatan tak ambil kisah terhadap bayinya. bayinya pun dia tak mahu tengok hingga nurse terpaksa asingkan anaknya demi keselamatan bayinya itu. Yang dia tahu dia cuma nak di jamin dan dibayar duit hospital untuknya keluar.
11.30am
Ku dan Nor berjumpa nurse untuk membayar duit caj hospital terhadap ibu bayi itu. Nurse  suruh kami bayar di kaunter. Kami bergegas ke kaunter dan buat bayaran. Resit itu ku bawa kembali kepada nurse tadi. Dia buat panggilan kpd seorang peg. kebajikan masyarakat dan peg itu benarkan ibu dan bayi discarge pada pukul 3. Nor bertanya kepada ibu bayi tu ttg keleangkapan bayinya. Amat sedih..langsung tiada apa..walau sehelai kain lampin.
11.30am
Ku berpesan kepada ibu bayi itu untuk menanti kami pulang dari shopping complex untuk membeli kelengkapan bayi itu untukku bawa pulang. Ku dan Nor bergegas keluar untuk membeli barangan bayi. Banyak juga wang yang ku belanjakan. Ku yakin ibu bayi itu tak mahu bayinya tetapi apa yang ku risaukan ialah ibu itu akan larikan anaknya kerana wang hospital semua dah ku bayar.
sambil memandu, ku hubungi ibuku. Nada suaranya seperti tidak menyokongku. Adikku terus mengambil telefon dan memarahiku dengan keputusan ini. Anak itu tak bersalah dik... kakak cuma nak kongsi kasih sayang denganNya...Ku hubungi ayah...suara ayah lain sekali. Apabila ku beritahu tujuanku ayah terus tanya baby Lelaki atau Perempuan. Bila ku beritahu lelaki ayah terus kata, kalau suamiku izin, ambillah. Air mataku mengalir laju...rupanya ayahku memahamiku dan rupanya dia juga tidak sabar untuk punyai cucu.
2.45pm
Ku dan Nor ke pej pentadbiran untuk menunggu peg kebajikan itu. Ibu bayi itu pun di bawa bersama oleh nurse. Peg kebajikan baru samapai ke pej pukul 3.15 dan panggil ibu itu masuk dan soal dia. Akhirnya dia mengakui bahawa dia tidak mahu anak itu. sedangkan pada awalnya ibu itu berjanji akan bgtau peg kebajikan itu bahawa dia nak jaga sendiri kerana kalau tak memeng bayi itu akan mereka ambil. Ku hanya menunggu tanpa mampu buat apa-apa. Ku juga tak salahkan ibu itu kerana dia dipaksa. Rupanya2 ibu itu adalah seorang anak orang ternama dan ibu itu agak liar.
4.15pm
Pegawai kebajikan itu keluar dari biliknya dan berkata padaku
Pegawai itu : puan tak boleh ambil anak ini, jab kebajikan akan ambil.
Ku : Macam mana boleh jadi mcm ni. Td pukul 11.30 cakap pukul 3.00 dah boleh ambil pulang. Duit pun kami dah bayar semuanya..Ku rasa marah. Nor apatah lagi... pot pet la dia..tak boleh la buat orang macam ni kan.. ku pun bukannya cuba nak ambil budak tu secara paksa, kalau pihak hospital dari awal cakap xboleh, ku takkan sanggup susah payah begitu. 
4.50pm
hasilnya peg itu memberi kata putus untuk ibu itu dijamin oleh ahli keluarga terdekat baru ku boleh ambil bayi itu. Kata2 peg kebajikan itu begitu buat ke berkecil hati. Tak apalah.. apa dayaku. walaupun sebenarnya itu salah pihak hospital. tapi tak patut pegawai itu buat ku begitu. Untuk pegawai itu: kau tak rasa apa yang ku rasa... Kami terus pulang.
15/10/2011
9.00am
Ku, Nor dan hubby tiba di Hospital Bersalin. Kelihatan katil tempat ibu itu kosong....ku dan Nor terus bertanya pada nurse..rupa-rupanya ibu itu telah dijamin oleh abang kandungnya dan bayinya di ambil oleh abangnya pada pukul 7 malam semalam. Nurse tu pun pelik, kenapa pegawai kebajikan itu tidak beritahu mereka janjinya denganku. Ku hubungi abangnya dan abangnya mengakui dan bayi itu telah diberikan pada ibu saudaranya kerana ibunya langsung tak mahu ambil kisah.Tak apalah, bagiku setakat itu sahaja jodohku dengan bayi itu. Yang penting ku tahu bayi itu selamat. Abangnya berjanji akan bayar kembali wang hospital, tapi ku anaggap itu adalah hadiah buat bayi yang belum sempat ku lihat wajahnya.


Ku amat sedih... ini lah yang dikatakan kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya.... Ku redho..barang-barang bayi yang ku beli, ku simpan buat kenangan. Ya Allah.. ku harap suatu hari akan ada sipemakainya..Ya Rabbi..bantulah hambaMu yang lemah ini...










2 comments:

  1. tak de rezeki kan.tak pe la.asl bayi tu selamat,

    ReplyDelete
  2. ya, betul tu. Saya redho. Ada hikmah yang baik, insyaallah.

    ReplyDelete