Sekejap je masa berlalu... rasanya baru semalam hari isnin(ari mula keja dlm minggu ni) n hari ni dah jumaat...pastu kejap ja rasa cuti..dah timbul hari Isnin balik. Rasanya nak je cuti tu lelama sikit...hehe. Actually, minggu ni agak banyak perkara yang ku tempuhi...mungkin tak mampu ku ceritakan semuanya...
1) Pejabat ku sedang di renovate n kedudukan staff akan bertukar.. kat mana la mereka akan letakkan ku dan Nor...siapa nak bela kebajikan kami?? Bos jauh di Pej Agama Butterworth... hanya harapkan Bahagian Pendakwaan..nasib baik bos mereka(Tuan KPS) sudi menerima kami. Jauh di sudut hati, nak je ku minta pada bos untuk bertukar ke Pej Agama Butterworh untuk bersama-sama sahabat lain..tapi memandangkan jarak yang jauh dari rumah ku, perkara itu ku diamkan..cuma ku mengharapkan agar dpt tukar ke Pej Agama daerahku..tak kisah la walau hanya ku seorg penguatkuasa di sana..kalau dia nak ku tukar bahagian pun ku sanggup...supaya lebih dekat dengan rumah ku. Banyak hal yang memerlukan ku lebih dekat dengan rumah..Tok pun sering sakit sekarang, jadi ku amat berharap agar pertukaran ku akan memudahkan ku untuk pulang awal menjengoknya..
2) Ku mendengar khabar angin yang menyatakan permohonan pertukaran ku ke Pej Agama daerahku telah ditahan oleh Ketua bahagianku kerana beberapa sebab n sebab yang diberikan tak dapat ku nafikan kebenaranya. Ku tahu demi keseronokan bekerja, adalah lebih baik ku dan Nor bertukar ke butterworth..Dan perkara yang buatku tidur tak lena ialah dia nak ku ke Pej Agama Butterworth iaitu tempat di mana semua Bahagian Penguatkuasaan berpusat. Sebelum ni ku dan Nor bertugas di HQ iaitu di Georgetwn..dan sahabat yang lainnya dah bertukar ke sana. Mampukah ku ke sana? kena bertolak lebi awal..jarak perjalanan bertambah..kena tol..masa perjalanan panjang..tambahan pula bila jalan jem..hari-hari kena naik feri@jambatan pulau pinang pastu tempuh bukit pulak .. fuh rasanya tak mampu ku lakukan untuk jangka masa panjang.. dan yang lebih payah lagi ialah ku dapat g dan balik keja ngan hubby lagi..
3) Hari ni ketua ku nak jumpa.. jadi pagi ni ku dan Nor akan ke Pej Agama Butterworth untuk berjumpanya. Apa akan berlaku nnt...akan ku story selepas ini...
No comments:
Post a Comment