Ya Allah Ya Tuhanku,Seandainya telah kau catatkan dia milikku,tercipta buat ku, dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku,titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi,seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan,jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan berkekalan buat selama-lamanya hingga keakhir hayat dan kurniakanlah kami zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh,sesungguhnya engkau berkuasa atas segala sesuatu. Amin Ya Rabbal Alamin.
Friday, 23 March 2012
Rezeki di pagi Jumaat
Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi dengan limpahan kasih sayangnya. Sebenarnya pagi ni ku sedih bercampur gembira... akibatnya ku tersenyum sambil menahan air mata dari mengalir..huhu.Terima kasih kepada sahabatku Kak Rohila yang baru pulang dari mengerjakan umrah kerana beliau telah membawa pulang sesuatu untuk ku berikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Ku sangat rasa terharu dengan pemberian ikhlas itu... sangat terharu.Terima kasih banyak2 kak Ila. Allah sahaja dapat membalasnya... Mendengar ceritanya mengenai Tanah Suci, hati ku sungguh tersentuh. Ya Allah, ku berazam untuk menjejakkan kaki ke sana suatu hari nanti. Ya Allah, perkenankanlah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment