Saturday, 14 April 2012

Allah mengetahui segalanya.........


Assalamualaikum…. Lama rasanya saya tak menulis di blog ni.. kebelakangan ni sibuk sangat… 1) My lovely laptop pun baru je keluar dari wad.. 2) pejabat renovate belum siap n line internet belum ada.. 3) sepupu baru dapat keja sebagai Engineer kat Kilang Goh, area Bayan Lepas pastu buat sementara dia menjadi tetamu di teratak kami (teratak pusaka lah katakan).. 4) Otak runsing dengan pelbagai cerita…

Rindu rasanya menulis dan membaca semula apa yang di tulis hari ini, semalam, minggu lepas, bulan lepas, dan masa-masa yang telah berlalu. Mood dan kejadian setiap hari tak sama…mungkin dengan merujuk apa yang saya tulis, saya boleh mengingatinya semula..setiap yang berlaku takkan berpatah balik semula..seperti juga tutur bicara kita..ada pepatah yang mengatakan ‘terlajak perahu boleh diundur..tatapi jika terlajak kata…..buruk padahnya’  hehe iya ka bunyi pepatah ni ha? Apa-apa pun kita haruslah berhati-hati dalam pelbagai sudut. Kadang-kadang apa yang kita fikir tak sama apa yang orang lain fikir… Kadang2 keikhlasan kita menjadi punca buruk sangka orang lain..mana la kita tahukan?? nama pun manusia. Tapi jika dengan Allah, segala janjiNya adalah janji benar. Jika kita berbuat kebaikan dengan hati yang ikhlas walau sebesar zarah pun Allah tahu..pasti ganjaranya juga baik. Jika kita berbuat jahat dengan Allah, tak perlulah kita nak explain apa2 atau nak sembunyi2 kerana Allah itu maha mengetahui..Tak perlu nak berlakon depan Allah sepertimana kita boleh berlakon dengan manusia…

Urrh… sebenarnya minggu ni saya stress sangat. Tak tahu nak luah pada siapa pada mulanya… semua orang ada masalah.. Entah la.. sebenarnya saya strees mendengar pengakuan dari seorang kawan  mengenai seorang kawan (‘X’ nama samaran) yang selama ini saya agak hormat dan saya juga ikhlas dalam hubungan sebagai kawannya dengannya..maksud di sini, kalau saya tolong diapun kiranya xda la mempunyai sebab yang tersembunyi…hanya berbuat baik sesama rakan spejabat. Tapi setelah setahun berlalu… saya baru mengetahui yang selama ini dia banyak buruk sangka terhadap saya, mengata saya di belakang, keikhlasan saya disalah ertikan… saya rasa amat2 terkilan. Hanya Allah yang tahu…  Kenapa ya dia buat macam tu??? Dia bercerita pada kawan2nya yang belum kenali saya...untuk pengetahuanmu (si X)...jangan la suka cakap belakang..mula2 mungkin orang dengar dan diam tapi sampai bila orang takkan tahu hal sebenar dan bila orang dah tak tahan...hahaha akibatnya??..semua orang boleh menilai.. Entahlah... Apa salah saya pada dia.. Saya stress sangat hinggakan pada hari itu saya tak dapat nak focus pada benda lain… tetapi Alhamdulillah, selepas saya cerita pada sahabat saya  yang juga mengenali si ‘X’ tu dan tahu semua cerita kami… sahabat saya itu telah buat saya sedikit tenang. Di atas nasihat sahabat saya itu… Bagi saya ‘X’ tu bukanlah dari awalnya sahabat suka dan duka kami  pada masa tu, jadi dia hanya seorang kawan biasa iaitu sepejabat tetapi mempunyai sikap yang suka fikir buruk pada orang lain dan suka mengumpat orang dari belakang… dia rasa semua orang tak ikhlas (mungkin dia macam tu kot). Bagi saya, kita tak perlu nak bagi semua orang tahu apa kita fikir, kenapa, mengapa… Allah tu maha kuasa, biar Allah sahaja yang tahu... Tak semua orang otak senget macam si ‘X’ tu kan.. Saya juga ada mengadu pada 2 orang sahabat saya di pejabat ..Mereka juga mengenali si ‘X’ tu.. dan mengistilahkan si ‘X’ tu tidak boleh jadi kawan yang setia… Terima kasih sangat pada kalian yang sudi mendengar luahan saya, saya tak kata saya baik tetapi saya rasa terkilan sangat sebab saya tahu saya ikhlas dengan dia.... kenapa la dia buat saya macam tu….

Pastu yang kedua… mengenai saya dan Nor.. sampai bila la kami harus berada di dalam keaadaan tertanya2.. sebenarnya kami boleh selamanya bertugas di HQ atau perlu bertukar ke daerah.. kawan2 dah mula tak puas hati melihat kami tak sibuk macam diorang kat daerah…huhu.. bos tolong lah kami. Jangan buat kami macam ni…

No comments:

Post a Comment