Sudah lumrah setiap pertemuan diakhiri dengan perpisahan..semuanya
ketentuan Illahi. Hari ni kat ofis ada buat majlis perpisahan..seperti biasa
jika ada staff yang nak bertukar atau
pencen pasti diadakan majlis untuknya & yang best ada jamuan makan lepas tu…
Tapi kali ni saya rasa majlis perpisahan ini sangat bermakna sebab yang
diraikan itu adalah Ketua Penguatkuasa iaitu bos yang saya kasihi...Tn. Hj.
Jaafar bin Ismail A.I.S,B.C,N. Ucapan terakhirnya agak panjang dan penuh makna. Selepas
majlis, beliau keluar menemui saya dan Nor , dengan tenang beliau berkata.. kami kena bertahan di sini.
Jaga nama penguatkuasa baik2. Saya cuba menahan air mata kerana saya tahu
beliau mengerti apa yang kami rasakan... Saya tahu akan ada penggantinya nanti…namun
adakah penggantinya akan faham kami??? Sebagai staff bawahan, saya perlu taat kepada sesiapa saja
yang menjadi tuan kepada kami. Walaupun sedih akan kehilangan seorang bos yang
sangat prihatin terhadap kakitangannya…saya tetap berbangga kerana beliau pergi
dengan kemenangan buat dirinya iaitu dinaikkan pangkat. Semoga ustaz berjaya dalam
kerjaya dan menjadi pendakwah yang tersohor buat agama kita yang tercinta.
![]() |
| Tuan Hj. Jaafar (kiri) dan Tuan Pengarah JAIPP |

No comments:
Post a Comment