Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Basmasukgaung/Article/index_html
BALIK PULAU: “Semua penumpang menjerit apabila bas dinaiki bergoyang sebelum terbabas melanggar tiang,” kata Muhammad Shuaib, 30-an. Muhammad Shuaib antara penumpang terselamat selepas bas sekolah disewa mereka yang membawa 44 jemaah tabligh ke masjid daerah barat daya semalam terbabit kemalangan. Dalam kejadian jam 8 malam itu, bas terbabit membawa semua penumpang yang juga warga Myanmar mengikuti program ijtimak tiga hari bermula hari ini.Bagaimanapun, ketika tiba di satu selekoh di Jalan Bukit Balik Pulau bas berkenaan hilang kawalan dan merempuh tiang elektrik sebelum berpusing dan menjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter. Akibatnya, bas berkenaan tercabut bumbung dan ada antara penumpang tercampak ke jalan raya dan kawasan hutan. Lebih menyedihkan seorang penumpang maut dihempap bas dengan tangannya terputus manakala lapan termasuk pemandu warga Malaysia parah dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP). Menurut Muhammad Shuaib, ketika bas mendaki bukit semua penumpang terhidu bau hangit dipercayai akibat kegagalan brek berfungsi dengan baik. “Kami kemudian melihat tayar berasap sebelum tiba-tiba bas bergoyang dan hilang kawalan. “Keadaan ketika itu agak kelam-kabut dengan ada penumpang melaungkan takbir dan menjerit ketakutan,” katanya yang ditemui selepas mendapatkan rawatan di Hospital Balik Pulau, malam tadi. Mangsa maut dikenali Abdul Jatba, 47. Difahamkan, pemandu dan pembantu rakyat Malaysia terselamat dan pemandu dikatakan membawa anak lelakinya berusia sembilan tahun dilaporkan terselamat. Nahas itu menyebabkan laluan menuju ke pekan itu sesak teruk sehingga Relau. Operasi menyelamat membabitkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan termasuk polis, bomba, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta kakitangan Hospital Balik Pulau. Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohamad Razam Taja Rahim berkata, setakat ini, seorang penumpang bas terbunuh dan enam parah dalam nahas itu,” katanya.

Sedih baca berita di atas. Kejadian berlaku di daerah tempat tinggal saya... malangnya semasa kejadian saya langsung tak tahu apa-apa. Cuma dengar bunyi ambulan je. Semoga urusan bantuan dipermudahkan dan semoga yang terlibat tabah menghadapi ujian Allah.
Tadi petang sewaktu saya dan hubby melalui kawasan tersebut, baru saya terperasan sebenarnya kawasan tersebut ada sejarah juga pada saya... perkara ini berlaku semasa saya pulang dari kerja. Hari tu saya pulang lewat kerana selepas pulang dari pejabat saya singgah di rumah Pn.Kartini untuk mengajar beliau, suami beliau dan ibunya mengaji Quran (bukan ngaja sangat la... kami sama-sama belajar). Saya bertolak pulang dari rumah Pn. Kartini pada pukul 7.00pm. Saya pandu kereta agak laju kerana nak kejar masa untuk solat magrib di rumah..ketika saya memandu menuruni bukit, saya perasan ada sebuah kereta yang mengikut dekat sangat dengan kereta saya tapi tak nak potong. Bila saya ketepi dia tetap berada di belakang saya. Saya fikir mungkin dia takut nak potong, mungkin dia tak biasa...tapi kenapa follow saya dekat sangat. Perasaan saya pada masa tu agak takut..tak tahu kenapa. Ada juga terfikir mungkin ada niat jahat pada pemandu kereta itu. Saya terus pandu laju hingga sampai ke selekoh tersebut, apabila saya dah lepas selekoh tiba-tiba kereta itu hilang. Sebelum selekoh itu ada tokong cina, takkan kereta itu secara lajunya belok ke tokong tersebut? Agak mustahil kerana jalan bukit agak sukar nak belok keluar secara laju. Saya perlahankan kereta, tapi kereta yang tiba di belakang saya bukanlah kereta tadi. Ke mana ya kereta itu? Selepas itu saya baru sedar, mungkin saya cuba diganggu tadi...memandangkan secara kebetulan cd dalam kereta saya sedang mengaji ayat al-quran jadi mungkin salah satu kekuatan pada saya. Hingga kini saya masih tertanya-tanya...
No comments:
Post a Comment