Wednesday, 6 June 2012

Takutnye nak periksa...

Assalamualaikum....
Lama rasanya menyepikan diri... agak sibuk dengan urusan sendiri..
Saya dan keluarga alhamdulillah dalam keadaan baik. Saya batuk2 dan sakit tekak sejak kebelakangan ini..mak pula demam.. tok sakit tangan.. adik yang no 2 demam..ayah, suami dan adik ke tiga alhamdulillah sihat..cuma harap-harap adik yang ke empat(bongsu) yang masih menuntut di UKM juga sihat kerana 2 minggu lagi akan menduduki final tu sihat dan dilindungi Allah selalu. Ameeen. Tujuan saya mencuri masa (disamping kesebokan yang tah hapa-hapa ni kan,,,,) nak bagitau kat sini yang JAKIM dah keluarkan senarai calon peperiksaan KPSL. Alhamdulillah nama saya ada. Besarnya harapan saya untuk lulus... haha..hihi..huhu takut sebenarnya sebab buku yang setimbun tu belum dibaca... tinggal 20 hari je ni...sempat ke ha??? Ya Allah bantulah hambamu..

Ni jadual periksa saya..



JADUAL PEPERIKSAAN KHAS KENAIKAN PANGKAT SECARA 
LANTIKAN (KPSL) TAHUN 2012
SKIM PERKHIDMATAN HAL EHWAL ISLAM


Tempat: Dewan Banquet Universiti Putra Malaysia, Serdang
25-27.06.2012


25.6.2012 (Isnin)
BAHAGIAN I
AMALAN PEMAKAIAN AKTA, 
UNDANG-UNDANG DAN 
PERATURAN
(2 JAM)
26.6.2012 (Selasa)
BAHAGIAN II
AMALAN-AMALAN DAN KAEDAH 
PENGURUSAN
(2 JAM)
27.6.2012 (Rabu)
BAHAGIAN III
PENGETAHUAN AGAMA ISLAM
(2 JAM)


Tempat : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi / Masjid Putra, Putrajaya


28-29.06.2012 (Khamis & Jumaat) 
UJIAN LISAN DAN AMALI



No comments:

Post a Comment