Alhamdulillah...semalam saya selamat melapor diri mula bertugas di Pej. Agama Daerah Barat Daya.. Rasa bahagia sekali kerana perjalanan dari rumah ke pejabat hanya 4 KM atau lebih kurang 6 minit...Syukur, semua staff menyambut saya dengan baik. Saya ditunjukkan tempat duduk kosong bekas Penyelia Agama yang telah bertukar. Semasa proses lapor diri, Pegawai Tadbir Agama@ bos di situ telah memaklumkan bahawa saya mungkin akan diletakkan di bahagian runding cara kerana ada seorang staff lama yang berminat untuk mengisi jawatan Penyelia Agama. Saya tak kisah apa pun tugas saya....yang penting saya amat bersyukur dengan pertukaran ini.
Ya Allah Ya Tuhanku,Seandainya telah kau catatkan dia milikku,tercipta buat ku, dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku,titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi,seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan,jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan berkekalan buat selama-lamanya hingga keakhir hayat dan kurniakanlah kami zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh,sesungguhnya engkau berkuasa atas segala sesuatu. Amin Ya Rabbal Alamin.
Saturday, 28 July 2012
Thursday, 26 July 2012
Memo Pertukaran
Alhamdulillah... Perasaan gembira bercampur sedih penuh di dada... Sangat tergejut dengan kehadiran sepucuk surat yang di bawa oleh CC Zul kepada saya. Saya sebenarnya sudah meneka...Alhamdulillah, surat itu adalah memo pertukaran saya dari Bahagian Penguatkuasaan ke Pejabat Agama Daerah Barat Daya. Selepas itu, saya dipanggil oleh bos Bahagian Pendidikan dan beliau mahu saya berada di bawah bahagiannya dan bertugas sebagai Penyelia Agama di Barat Daya....Wah,, satu tugas yang agak mencabar bagi saya!!! Apa2 pun saya amat bersyukur dengan peluang dan kepercayaan yang diberikan itu..
Saya lihat wajah Nor, Kak Lyn dan Siti....semuanya sudah dapat menerima takdir ini. Semuanya tahu saya amat berharap untuk bertukar...semuanya telah banyak membantu saya untuk pertukaran ini...Saya sedih...mungkin kalian juga merasainya....Kebetulan Wani juga ada bersama...Saya akan kenang kalian buat selamanya... Saya pasti tidak akan lupakan kalian...saya amat bersyukur punyai sahabat seperti kalian.. juga tidak dilupakan Nurul, Ayu dan Yana serta sahabat lain yang juga pernah susah senang bersama... Kita akan bertemu lagi tapi mungkin tak sekerap dulu...janganlah kalian lupakan saya...Mohon maaf di atas segala salah dan silap dan halalkan segala-galanya...
Saya juga sempat berjumpa Dato' Haji Sazali, Pn. Roziyah, Pn. Lin dan sahabat2 sepejabat untuk mengucapkan terima kasih kerana beri saya peluang ini,,,, alhamdulillah saya bersyukur sangat dengan pandangan mereka terhadap saya... ada juga la ucapan yang saya sungguh tak sangka diberikan kepada saya...anyway saya rasa dihargai...dan saya takkan lupakan ucapan itu...satu motivasi buat saya ....
Saya juga sempat berjumpa Dato' Haji Sazali, Pn. Roziyah, Pn. Lin dan sahabat2 sepejabat untuk mengucapkan terima kasih kerana beri saya peluang ini,,,, alhamdulillah saya bersyukur sangat dengan pandangan mereka terhadap saya... ada juga la ucapan yang saya sungguh tak sangka diberikan kepada saya...anyway saya rasa dihargai...dan saya takkan lupakan ucapan itu...satu motivasi buat saya ....
Kepada teman baru dan bos baru, saya mohon tunjuk ajar dan bantuan dari kalian...
Wednesday, 25 July 2012
Selamat tinggal PPA
Hijrah ini adalah pilihan saya..... Pemergian ini adalah permintaan saya... Bukan kerana berjauh hati... bukan kerana rasa terkilan..bukan kerana tidak sayang.. dan bukan kerana tidak sudi. Tetapi adalah saya ingin memenuhi kehendak saya saya sendiri, kehendak keluarga dan masa yang akan datang..Saya memilih untuk bekerja di pejabat yang lebih dekat dengan rumah...saya memilih untuk menimba pengalaman baru... Bersama kalian adalah pengalaman yang sangat tidak ternilai...bersama kalian saya temui sahabat dunia dan akhirat...bersama kalian saya rasa kita saling menyanyi..bersama kalian saya kenali erti "Penguatkuasa Agama"... bersama kalian saya memperolehi kad kuasa yang tidak semua staff boleh miliki..bersama kalian saya sanggup berjaga malam meninggalkan suami..dan bersama kalian saya kenali diri saya..
Kita bagai saudara..kita bagai satu keluarga... Bos sangat baik dan amat saya hormati..Sebenarnya terlalu berat hati ini ingin melangkah keluar dari Bahagian Penguatkuasa...tetapi saya terpaksa memilih.. dan pilihan saya ialah mencuba sesuatu yang baru...
Maafkan saya dengan pilihan ini...Maafkan saya Tuan Haji Jaafar..Maafkan saya Ustaz Muzafar...Maafkan saya Ustaz Khairul...dan maafkan saya teman-teman seperjuangan...Terima Kasih di atas segalanya...bertemu kita di dalam satu jabatan..bukanlah satu bahagian lagi...Semoga kalian sentiasa dilindungi Allah selalu....
Tuesday, 24 July 2012
Berita gembira buat saya...
Assalamualikum.....
Bagaimana ya nak mulakan bingkisan khabar yang telah saya terima ini??? Walaubagaimana pun saya amat bersyukur dengan khabar yang telah saya terima ini.. Berat sebenarnya kaki melangkah meninggalkan zon selesa bekerja ini..tetapi saya akan kuatkan hati demi masa depan...huhu masa depan yang hanya mampu kita rancangkan??? Tapi yang menentukannya hanya Allah. Panjang pulak den membebel ni..maksud tak sampai lagi ni.....
Pagi ni ada mensyuarat pengurusan dan alhamdulillah KEPUTUSAN nya?????? Permohonan saya untuk bertukar ke Balik Pulau telah diLULUSkan!!!!! Bahagian apa??? jeng2.. tunggu surat ye...
Bagaimana ya nak mulakan bingkisan khabar yang telah saya terima ini??? Walaubagaimana pun saya amat bersyukur dengan khabar yang telah saya terima ini.. Berat sebenarnya kaki melangkah meninggalkan zon selesa bekerja ini..tetapi saya akan kuatkan hati demi masa depan...huhu masa depan yang hanya mampu kita rancangkan??? Tapi yang menentukannya hanya Allah. Panjang pulak den membebel ni..maksud tak sampai lagi ni.....
Pagi ni ada mensyuarat pengurusan dan alhamdulillah KEPUTUSAN nya?????? Permohonan saya untuk bertukar ke Balik Pulau telah diLULUSkan!!!!! Bahagian apa??? jeng2.. tunggu surat ye...
Monday, 23 July 2012
شهر رمضان الكريم
Assalamualaikum...
مرحبا بكم في الشهر الكريم شهر رمضان
Salam Ramadzan... Alhamdulillah hari ni 03 Ramadzan... Alhamdulillah diberi kekuatan.. Semoga segala amalan diterima Allah.. Semoga diampunkan segala dosa.
مرحبا بكم في الشهر الكريم شهر رمضان
Salam Ramadzan... Alhamdulillah hari ni 03 Ramadzan... Alhamdulillah diberi kekuatan.. Semoga segala amalan diterima Allah.. Semoga diampunkan segala dosa.
Friday, 20 July 2012
Dah hantar surat...
MEMOHON PERTUKARAN PENEMPATAN KE PEJABAT AGAMA DAERAH BALIK PULAU
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin memohon penukaran tempat bertugas dari Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ke mana-mana bahagian di Pejabat Agama Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang.
- Saya amat berharap pihak Dato' memberi perhatian dan peluang kepada saya untuk membuat pertukaran ini memandangkan terdapat kekosongan di Pejabat Agama Daerah Balik Pulau. Ini kerana saya mempunyai beberapa sebab:.................................
Tuesday, 17 July 2012
Jom rancang percutian 2013..
Meh kita jengok2 n plan2 tarikh yang sesuai.... hehe

Kita fokus kat negeri Pulau Pinang je ye...
Malaysian State & National Holidays 2013
January -Tuesday
New Year All states except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu
14 January -Monday
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan’s Birthday Negeri Sembilan only
15 January -Tuesday
Sultan of Kedah’s Birthday Kedah only
24 January -Thursday
Prophet Muhammad’s Birthday (Maulidur Rasul) Nationwide
27 January - Sunday
Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
1 February - Friday
Federal Territory Day Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
10 February - Sunday
Chinese New Year Nationwide
11 February - Monday
Chinese New Year (2nd Day) All states except Kelantan and Trengganu
4 March - Sunday
Anniversary of Installation of Sultan of Trengganu Trengganu only
5 April - Friday
Good Friday Sabah & Sarawak only
15 April - Monday
Declaration of Malacca as a Historical City Malacca only
19 April - Friday
Sultan of Perak’s Birthday Perak only
1 May - Wednesday
Labour Day Nationwide
7 May - Tuesday
Hari Hol Pahang Pahang only
17 May - Friday
Raja Perlis’ Birthday Perlis only
24 May - Friday
Wesak Day Nationwide
30- 31 May - Thu & Fri
Harvest Festival Pesta Kaamatan Sabah Sabah & Labuan only
1 – 2 June - Sat & Sun
Sarawak Harvest Festival Hari Gawai Sarawak Sarawak only
1 June - Saturday
Malaysian King’s Birthday Harijadi Agong Nationwide
5 June - Wednesday
Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 July - Sunday
Georgetown Heritage Day Penang – but not a ‘paid holiday’ for private sectors employees.
9 July - Tuesday
Awal Ramadan Johor, Kedah & Malacca only
14 July - Sunday
Penang Governor’s Birthday Penang only
20 July - Saturday
Sultan of Trengganu’s Birthday Trengganu only
25 July - Thursday
Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu only
8 & 9 August - Thu & Fri
Hari Raya Puasa * Nationwide
31 August - Saturday
National Independence Day Merdeka Nationwide
8 September - Sunday
Sarawak Governor’s Birthday Sarawak Only
16 September - Monday
Malaysia Day & Sabah Governor’s Birthday Nationwide – since 2010 Sabah
6 October - Sunday
Sabah Governor’s Birthday Sabah Only
13 October - Sunday
Malacca Governor’s Birthday Malacca only
15 October - Tuesday
Hari Raya Haji * Hari Raya Qurban Nationwide
16 October - Wednesday
Hari Raya Haji (2nd Day) * Hari Raya Qurban Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu Only
24 October - Thursday
Sultan of Pahang’s Birthday Pahang only
3 November - Sunday
Deepavali or Diwali Nationwide
5 November - Tuesday
Awal Muharram (Maal Hijrah) Nationwide
22 November - Friday
Sultan of Johor’s Birthday Johor only
11 December - Wednesday
Sultan of Selangor’s Birthday Selangor only
10 December (6 Safar) - Tuesday
Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor Johor Only
25 December - Wednesday
Christmas Nationwide
* Subject to change.
Sumber : Malaysia Public Holiday 2013
Monday, 9 July 2012
Dua budak "debab"
Ini lah wajah terbaru kami.... Saya amat bahagia berada di sisinya... Dia suami yang amat saya cintai.. Dia adalah penawar duka dan lara saya.. Kekuatan dikala saya lemah.. Kami sama-sama "comel" hehehe atau dengan perkataan lain "debab".. Namun bagi saya saiz badan dia tak pernah buat dia seorang yang lemah dan malas.. Dia sentiasa kuat dan rajin... Bukan diakui oleh saya je tau... Sapa-sapa yang mengenali dia pasti memujinya... Dia paling bahagia kalau orang diselilingnya bahagia.. Kadang-kadang saya yang susah hati dengan kudrat yang dimilikinya... saya takut sangat kalau dia jatuh sakit...
Dulu sewaktu dia bekerja di tempat lain dan saya bekerja jauh, kami tidak pergi dan balik keja bersama..saya naik keta dan dia naik moto.. Tapi sekarang...alhamdulillah, saya selalu boleh peluk dia sebab kami naik motor ke tempat keja..dia akan hantar saya ke ofis kemudian baru dia pergi keja..Disamping tu agak jimat sikit lah.. Pernah juga ada orang gelakkan kami sebab dua-dua budak "debab" ni naik motor... maklumlah moto tu kan nampak kecik ja..pulak tu bukanlah moto jenis besar..motor biasa ja..bayangkanlah perjalanan yang agak jauh, pulak tu kena naik bukit..memang agak mencabar.. tetapi saya yakin, Allah tu maha kuasa..saya sentiasa memohon Allah selamatkan kami dan permudahkan perjalanan kami. Saya tak kisah kalau berpanas mahupun hujan.. saya nak tempoh susah dan senang bersamanya. Tapi, kadang-kadang hubby marah saya sebab saya tertidur di atas moto... dia kata bahaya...hihi minta maaf ye sayang,, ayang cuba ye untuk tak ngantok....tapi akhirnya ZZzzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZzzz jugak.... hihihi i am sorry!
Sunday, 8 July 2012
Mari bertugas....PPKI & PPS
Assalamualaikum dan selamat pagi.... Marilah kita ke masjid.... hehe.. Alhamdulillah, hari ni (9 pagi sampai pukul 12 tgh) saya bertugas sebagai Fasilitator Program Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) dan Program Pembangunan Sosial (PPS) Negeri Pulau Pinang di Masjid Al-Huda, SungaI Ara, Pulau Pinang. Sebenarnya saya agak kekok juga sebab dah lebih kurang setahun dah stop keja ni dan sekarang Alhamdulillah nak sambung balik... Best tau keja ni... boleh beramal dan membantu.. Tugas saya kat sini sebagai pembantu@pemudah cara kepada masalah yang dihadapi oleh sesiapa yang datang berjumpa saya. Masjid ni sebenarnya pertama kali di adakan program di sini. Sebelum ini saya pernah bertugas di Masjid Daerah Barat Daya dan Masjid Negeri Pulau Pinang. Alhamdulillah, Pengerusi Qaryah Haji Zainuddin, menyambut saya dengan baik dan diberikan pejabat masjid sebagai tempat saya bertugas..
KEMANISAN IMAN
Diriwayatkan dari Anas(r.a) dari Nabi Muhammad(saw) bersabda, "Ada tiga hal yang jika ada pada diri seseorang, maka ia akan dapat merasakan manisnya iman; bahawasanya Allah Azzawajalla dan Rasul-Nya lebih ia cintai dari selain keduanya, dan ia mencintai seseorang yang tidak ia cintai melainkan kerana Allah Azzawajalla semata serta ia enggan untuk kembali kepada kekafiran setelah Allah Azzawajalla selamatkan ia darinya, sebagaiman ia enggan untuk dilemparkan ke dalam api neraka". (Hadith Riwayat Bukhari:16)
Friday, 6 July 2012
Rombongan ke Perlis
Rombongan dari Kampung Sungai Burung ini diketuai oleh Mah Lang Badiah.. Kami berkumpul di Masjid Sg. Burung lebih kurang jam 2.45 pm. Tepat jam 3 bas pun sampai dan rombongan kami bertolak... Saya dan hubby sebenarnya berada di dalam keadaan yang tidak tahu apakah misi sebenar rombongan ini..kami juga tak tahu sebenarnya nak tidur dekat mana.. hihi lawak tak??? semuanya harap Cik Di tapi rupanya Cik Di pun ikut sebab nak g Wang Kelian... Tak terfikir pun sebenarnya 3 hari 2 malam tu sebenarnya terlalu panjang... hahaha...jeng jeneg jeng... di dalam bas kami dimaklumkan bahawa penginapan kami adalah lebih kurang asrama...lelaki dan perempuan akan dipisahkan...huhu.. walaupun sangat keberatan tetapi saya tetap cuba nak gembira..lagipun Cik Di ada menemani.. Perjalanan menjadi semakin meresahkan apabila bas yang kami naik itu masuk ke hutan getah dan cuaca mulai gelap.. saya dapat lihat signboard menuju ke Wang kelian.. aik saya dan hubby pelik sebab kata orang wang kelian hanya buka waktu siang... kawasan sekeliling nampak gelap..saya tahu itu hutan..cuma ada rumah jarang-jarang berdasarkan lampu... Bas merangkak menaiki bukit...kata hubby disebalik sana adalah wang kelian...Tiba-tiba saya lihat bas kami membelok masuk ke dalam kawasan seperti taman rimba yang gelap tanpa lampu di dalamnya..dan bas berhenti kami pun turun. Huh... saya nampak ada chalet... rasa lega. Setelah 5 minit berkumpul, kami dimaklumkan asrama kami perlu jalan kaki sejauh 1.2 km dan agak berbukit...huhu. dalam keadaan gelap dan cuma 2 orang yang membawa touchlight. Masing-masing membawa beg..cuma saya yang melenggang sebab hubby bawa kedua-dua beg kami. Saya sempat juga menolong makcik2 yang kurang daya untuk membawa beg mereka...memang pengalaman yang menarik...tiba dekat dengan chalet barulah ada lampu...
| baru sampai... |
| rupanya saya berada di sni.... |
| Semua orang kepenatan setelah berjalan mendaki sejauh 1.2 km |
Hari kedua dihabiskan dengan aktivi sukaneka dan mendaki bukit untuk masuk ke gua (tak ingat nama). Cuma 17 belas orang je joint naik bukit... yang lain??? aktivi sendiri..Hari ke tiga ialah perjalanan pulang. Kami di bawa ke Wang Kelian dan Padang Besar....
| aktivi paling best |
| pengisian tu perlu... |
| chalet |
| Meninjau kawasan... |
| me & hubby |
| jom shopping... |
| akhirnya sampai jugak... |
Banyak nak cita...
Banyak benda nak cita sebenarnya... banyak perkara terbuku di dada. First of all i nak umumkan di sini yang semalam sepupu i yang dah 3 bulan tinggal di rumah saya (rumah pusaka tok wan) dah masuk ke rumah sewanya....so,,, saya dan hubby kembali honeymoon..Alhamdulillah. Walaupun saya rasa lega sebab macam tak sesuai la kan kalau hubby xda kat rumah n kami terpaksa berdua-duaan... Mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang.... salah tu! Takkan kita tangkap orang then kita pula buat salahkan.. Anyway, harap tak da yang berkecil hati lah yea...hati ni agak berat sebenarnya mengosongkan rumah di bahagian atas tu sebab semasa sepupu saya ada, memang bersih dan takda habuk serta sawang seperti sebelum kedatangannya,, tetapi demi kebaikan bersama saya relakan dan seperti biasa 2 minggu sekali kena la naik atas rumah...hihi.
ok.. flash back... minggu lepas selepas saya pulang exam, Cik Di ajak saya dan hubby untuk menyertai rombongan kampung untuk mengadakan aktivi pemantapan ukhuwah di Perlis. Walaupun sebenarnya sangat letih kerana baru pulang dari periksa namun saya setuju nak ikut sebab rasanya macam best je kan... Sebenarnya saya taklah tahu sangat mengenai tujuan rombongan tersebut.. apa yang saya tahu ialah rombongan itu akan pergi ke Wang Kelian..saya tertarik nak join sebab saya memang tak pernah sampai ke sana... Baju siap di pack.. badan sangat letih dan rindu pada hubby sebab seminggu tak jumpa..tapi kerana hubby ikut, saya jadi kuat..
Saya akan ceritakan di entry yang akan datang....
ok.. flash back... minggu lepas selepas saya pulang exam, Cik Di ajak saya dan hubby untuk menyertai rombongan kampung untuk mengadakan aktivi pemantapan ukhuwah di Perlis. Walaupun sebenarnya sangat letih kerana baru pulang dari periksa namun saya setuju nak ikut sebab rasanya macam best je kan... Sebenarnya saya taklah tahu sangat mengenai tujuan rombongan tersebut.. apa yang saya tahu ialah rombongan itu akan pergi ke Wang Kelian..saya tertarik nak join sebab saya memang tak pernah sampai ke sana... Baju siap di pack.. badan sangat letih dan rindu pada hubby sebab seminggu tak jumpa..tapi kerana hubby ikut, saya jadi kuat..
Saya akan ceritakan di entry yang akan datang....
Wednesday, 4 July 2012
Ke KL bersama Hubby
Assalamualaikum
Warahmatullahiwabarakatuh…..
Copek bonar masa
berlalu meninggalkan kita.. Alhamdulillah, saya dah selesai menduduki
Peperiksaan KPSL. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepda hubby
kerana telah menghantar saya hingga ke KL. Plan asalnya saya nak ke KL
dengan menaiki bas pada malam sabtu untuk sampai pagi ahad di Bangi..tetapi
last menet hasil pujukkan dan hubby mungkin lihat saya masih kurang sihat..hubby setuju untuk menemani saya hingga ke KL
walaupun hubby juga kurang sihat...hukhuk sian my baby tau.. Plan pun sudah
bertukar, terus beli tiket dan kami bertolak ke KL pada hari Jumaat malam dan
sampai ke KL lebih kurang 4.30 pagi sabtu. Saya rasa amat bahagia ketika itu..
hubby sentiasa ada. Nasib baik la saya lebih kurang 8 tahun lalu sering
berulang alik dari Kl ke Penang dan
Penang ke Kl dengan kenderaan awam..jadi saya tahu lah serba sedikit stesen2
kat mana,,Tak banyak perubahan pun..masih lebih kurang sama seperti dulu je..Sebenarnya time tu saya sendiri tak tahu nak
kemana..tak tahu nak bermalam kat mana..memandangkan hotel kat bangi tu dah booking memalui phone. Kami lepak dulu kat kedai mamak kat area Pudu Raya..Oppss
sekarang panggil Pudu Central untuk menunggu ada kenderaan awam yang
berkhidmat. Saya dan hubby memilih untuk naik Putra LRT(sekarang panggil Rapid
kot…) hingga ke KL Central. Kami solat subuh di situ dan breakfast di Mcdonald…
Perjalanan di teruskan ke Bangi dengan menaiki komuter hingga ke stesen UKM.
Sampai di stesen UKM, saya dan hubby terus amek teksi untuk ke hotel di arae Kajang. Alhamdulillah jarak ke UPM (tempat exam) tak lah jauh sangat dari hotel yang kami duduk tu. Lepas check-in dan rehat, petangnya kami naik bas ke KL untuk ke Masjid India... huhu tak dapat dinafikan...sesekali terimbau jua kenangan 8 tahun yang lalu... tapi kini jalan-jalan itu ku lalui bersama suami ku yang sah dan insan yang amat ku cintai.. kenangan lama biarlah menjadi kenangan... tak mahu ku kenang lagi kerana ianya telah berlalu...huhu..biarlah rahsia.. Kami balik ke Kajang dan sampai lewat malam.. Rupa-rupanya hotel kami tu berdekatan dengan Uptown Market... hua.. shopping-shopping! hehe... Hubby balik ke Penang keesokkan harinya... meninggalkan saya. Alhamdulillah adik bongsu saya yang study kat UPM tu datang menemani sementara menunggu kawan saya iaitu Farah sampai.
Subscribe to:
Posts (Atom)
