Friday, 6 July 2012

Banyak nak cita...

Banyak benda nak cita sebenarnya... banyak perkara terbuku di dada. First of all i nak umumkan di sini yang semalam sepupu i yang dah 3 bulan tinggal di rumah saya (rumah pusaka tok wan) dah masuk ke rumah sewanya....so,,, saya dan hubby kembali honeymoon..Alhamdulillah. Walaupun saya rasa lega sebab macam tak sesuai la kan kalau hubby xda kat rumah n kami terpaksa berdua-duaan... Mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang.... salah tu! Takkan kita tangkap orang then kita pula buat salahkan.. Anyway, harap tak da yang berkecil hati lah yea...hati ni agak berat sebenarnya mengosongkan rumah di bahagian atas tu sebab semasa sepupu saya ada, memang bersih dan takda habuk serta sawang seperti sebelum kedatangannya,, tetapi demi kebaikan bersama saya relakan dan seperti biasa 2 minggu sekali kena la naik atas rumah...hihi. 
ok.. flash back... minggu lepas selepas saya pulang exam, Cik Di ajak saya dan hubby untuk menyertai rombongan kampung untuk mengadakan aktivi pemantapan ukhuwah di Perlis. Walaupun sebenarnya sangat letih kerana baru pulang dari periksa namun saya setuju nak ikut sebab rasanya macam best je kan... Sebenarnya saya taklah tahu sangat mengenai tujuan rombongan tersebut.. apa yang saya tahu ialah rombongan itu akan pergi ke Wang Kelian..saya tertarik nak join sebab saya memang tak pernah sampai ke sana... Baju siap di pack.. badan sangat letih dan rindu pada hubby sebab seminggu tak jumpa..tapi kerana hubby ikut, saya jadi kuat..
Saya akan ceritakan di entry yang akan datang....


No comments:

Post a Comment