Wednesday, 4 July 2012

Ke KL bersama Hubby


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh…..

Copek bonar masa berlalu meninggalkan kita.. Alhamdulillah, saya dah selesai menduduki Peperiksaan KPSL. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepda hubby kerana telah menghantar saya hingga ke KL. Plan asalnya saya nak ke KL dengan menaiki bas pada malam sabtu untuk sampai pagi ahad di Bangi..tetapi last menet hasil pujukkan dan hubby mungkin lihat saya masih kurang sihat..hubby setuju untuk menemani saya hingga ke KL walaupun hubby juga kurang sihat...hukhuk sian my baby tau.. Plan pun sudah bertukar, terus beli tiket dan kami bertolak ke KL pada hari Jumaat malam dan sampai ke KL lebih kurang 4.30 pagi sabtu. Saya rasa amat bahagia ketika itu.. hubby sentiasa ada. Nasib baik la saya lebih kurang 8 tahun lalu sering berulang alik dari Kl ke Penang  dan Penang ke Kl dengan kenderaan awam..jadi saya tahu lah serba sedikit stesen2 kat mana,,Tak banyak perubahan pun..masih lebih kurang sama seperti dulu je..Sebenarnya time tu saya sendiri tak tahu nak kemana..tak tahu nak bermalam kat mana..memandangkan hotel kat bangi tu dah booking memalui phone. Kami lepak dulu  kat kedai mamak kat area Pudu Raya..Oppss sekarang panggil Pudu Central untuk menunggu ada kenderaan awam yang berkhidmat. Saya dan hubby memilih untuk naik Putra LRT(sekarang panggil Rapid kot…) hingga ke KL Central. Kami solat subuh di situ dan breakfast di Mcdonald… Perjalanan di teruskan ke Bangi dengan menaiki komuter hingga ke stesen UKM. Sampai di stesen UKM, saya dan hubby terus amek teksi untuk ke hotel di arae Kajang. Alhamdulillah jarak ke UPM (tempat exam) tak lah jauh sangat dari hotel yang kami duduk tu. Lepas check-in dan rehat, petangnya kami naik bas ke KL untuk ke Masjid India... huhu tak dapat dinafikan...sesekali terimbau jua kenangan 8 tahun yang lalu... tapi kini  jalan-jalan itu ku lalui bersama suami ku yang sah dan insan yang amat ku cintai.. kenangan lama biarlah menjadi kenangan... tak mahu ku kenang lagi kerana ianya telah berlalu...huhu..biarlah rahsia.. Kami balik ke Kajang dan sampai lewat malam.. Rupa-rupanya hotel kami tu berdekatan dengan Uptown Market... hua.. shopping-shopping! hehe... Hubby balik ke Penang keesokkan harinya... meninggalkan saya. Alhamdulillah adik bongsu saya yang study kat UPM tu datang menemani sementara menunggu kawan saya iaitu Farah sampai. 

No comments:

Post a Comment