Alhamdulillah...semalam saya selamat melapor diri mula bertugas di Pej. Agama Daerah Barat Daya.. Rasa bahagia sekali kerana perjalanan dari rumah ke pejabat hanya 4 KM atau lebih kurang 6 minit...Syukur, semua staff menyambut saya dengan baik. Saya ditunjukkan tempat duduk kosong bekas Penyelia Agama yang telah bertukar. Semasa proses lapor diri, Pegawai Tadbir Agama@ bos di situ telah memaklumkan bahawa saya mungkin akan diletakkan di bahagian runding cara kerana ada seorang staff lama yang berminat untuk mengisi jawatan Penyelia Agama. Saya tak kisah apa pun tugas saya....yang penting saya amat bersyukur dengan pertukaran ini.
No comments:
Post a Comment