Thursday, 23 August 2012

Minal Ai'dil Wal Fa izin

Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR & BATIN..ikhlas dari saya dan suami... Alhamdullillah, saya dan suami menyambut aidilfitri tahun ni dengan meriah sekali. Alhamdulillah, saya masih berkesempatan untuk mencium tangan suami, ayah, mak, dan mak mertua. Salam raya tahun ini saya takkan lupakan ke akhir hayat saya...saya dapat memeluk ayah! Saya dapat cium ayah! huhu sedih rasanya. kalau mak tu dah biasala kan...Seingat saya, saya tak pernah peluk ayah...kalau dulu kecik2 mungkin la ayah peluk saya kan...tapi dah besar ni dan mungkin semenjak saya punyai adik..huhu saya jadi malu pada ayah...ayah pun jarang nak bermanja dengan saya..mungkin sebab saya kan kakak...saya pula rapat dengan tok..jadi...terjurang lah sedikit (mungkin saya je perasan macam tu). Tapi kasih sayang ayah terhadap kami tetap sama...saya tahu ayah sayang saya cuma dia nak saya berdikari sebab saya kan 'kakak'. Alhamdulillah...saya rasa bahagia sangat.

Monday, 13 August 2012

Hulurkan Tangan Ringankan Beban

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Pada hari kiamat kelak Allah Azza Wajalla berfirman:Hai anak Adam! Aku sakit. Mengapa tidak engkau kunjungi Aku? Jawab anak Adam:Wahai Tuhanku. Bagaimana mungkin aku mengunjungi Engkau padahal Engkau Tuhan semesta alam? Firman Allah Taala:Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan sakit, mengapa kamu tidak mengunjunginya? Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu kunjungi dia, kamu akan mendapati-Ku di sisinya? Hai anak Adam! Aku minta makan kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku makan? Jawab anak Adam:Wahai Tuhan. Bagaimana mungkin aku memberi Engkau makan, padahal Engkau Tuhan semesta alam? Firman Allah Taala:Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan minta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberinya makan. Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu memberinya makan nescaya engkau mendapatkannya di sisi-Ku? Hai anak Adam! Aku minta minum kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku minum? Jawab anak Adam:Wahai Tuhan, bagaimana mungkin aku memberi Engkau minum padahal Engkau Tuhan semesta alam? Firman Allah Taala:Hamba-Ku si fulan minta minum kepadamu, tetapi kamu tidak memberinya minum. Ketahuilah seandainya kamu memberinya minum, nescaya kamu mendapatkannya di sisi-Ku.

Friday, 10 August 2012

Our weeding anniversary & Dad birthday...

Assalamualaikum... Alhamdulillah, hari ni 10 Ogos adalah hari yang saya nanti-nantikan... Genaplah usia perkahwinan saya 5 tahun bersama insan yang saya cintai. Seperti pasangan lain.. kami jua diuji dan alhamdulillah kami masih bersama. Bagi saya, Hubby banyak bersabar.. Alhamdulillah, walaupun kami masih 'honeymoon' sebab belum dikurniakan zuriat tapi kami akan terus berusaha...ahaksss... iyela usaha tu kan perlu...ngeh ngeh.. 
Hari ni juga sama tarikhnya dengan Birthday ayah yang saya sayangi dan hormati... Saya memang sangat menghormati ayah..ayah adalah idola saya.. Kalau boleh saya mahu Hubby juga ikut jejak ayah...
Dan tarikh ini juga adalah tarikh kematian bapa saudara saya (suami kepada makdak, adik ayah). Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Ameeen...

Tuesday, 7 August 2012

Cuti Nuzul Quran

Alhamdulillah...cuti 3 hari.. Sabtu, Ahad dan Isnin (Nuzul AL-Quran) dihabiskan dengan jayanya...haha..kira berpuas hati la...Langsir pun dah berjaya di jahit... Alhamdulillah pertama kali menjahit langsir..hubby pon nampak confident dah dengan saya..hihi lepas ni katanya ayang belajar menjahit baju kurung pulak...hahaha itu lah impian saya. Apa-apa hal pun sekarang semua tailor sebok jadi pas raya boleh la cari cikgu...Kueh baru siap 1 jenis... Harap-harap dapat la siapkan beberapa jenis lagi...cheeewah berangan...

Thursday, 2 August 2012

LOREAL

Saya memilih untuk kembali ke produk yang saya gunakan sebelum ini... dan tak nak tukar produk lagi la kot... untuk kulit berminyak seperti saya rasanya Loreal warna hijau ni sesuai...


Wednesday, 1 August 2012

Harus Kuat

dan apabila bercerita mengenai anak...zuriat...baby...
Saya rasa kini saya lebih kuat...tapi tak tahu sampai bila sebab perasaan ni pasang surut...ada masa kuat...ada masa terlalu lemah tak bermaya..Saya hanya insan biasa..saya yakin perancangan Allah itu adalah yang terbaik kepada hambanya..namun saya takkan henti berdoa dan mengharap..biar sampai ke syurga nanti.. Ya Allah, izinkanlah saya merasai sepertimana dianugerahkan kepada wanita lain keistimewaan merasai apa itu hamil dan melahirkan... Ya Allah...saya tak terkilan andainya ini takdir saya bersama dia..Saya akan tetap memohon padamu dan saya sedar saya masih mempunyai amanah sebagai khalifah di muka bumi ini... Ya Allah bantulah hambaMu ini.. Kuatkanlah hambamu ini untuk menempuh apa jua ujian dariMu...Kuatkanlah Iman hambaMu supaya tidakku tersasar dari hidayahMu..janganlah kau jauhkan dia dariku..hiasilah rumah tangga kami dengan Iman, kesihatan yang baik, rezeki yang halal, pengisian masa yang berfaedah, disayangi dan disenangi orang sekeliling, dapat berbakti pada ibu bapa dan agama tercinta dan mendapat redhoMu di dunia dan di akhirat nanti...Amin Ya Allah..Amin Ya Rabbal Aalamin..

10 Ogos 2012 genaplah usia pernikahan saya dan hubby 5 tahun... kejap ja kan.. Alhamdulillah, saya bersyukur Ya Allah kerana jodoh ini.. Saya bersyukur kerana dialah jodoh buat saya..Saya bangga dia menjadi suami saya...walaupun dia bukanlah bergaji besar..dia bukanlah seorang yang sangat kacak..dia bukanlah sesiapa..tapi saya bahagia seadanya dia. Saya bahagia dengan kasih sayang nya.. saya sangat manja (dia yang buat saya jadi macam tu ye...) dan punyai banyak kelemahan..dia terlalu banyak bersabar.. Saya ingin membahagiakan dia dengan sepenuh kemampuan saya..saya ingin baiki kelemahannya..saya ingin menjadi isterinya yang sentiasa ada bersamanya ketika susah mahupun senang..Saya ingin bersamanya ke akhir hayat kami.. 

Angan-angan ku...

Alhamdulillah... angan-angan ku selama ini insyaallah akan saya jadikan kenyataan satu persatu.. kalau nak diikutkan memang sangat banyak angan-angan...Andai saya kerja dekat dengan rumah..saya nak....

Hahaha... saya akan buktikan pada diri sendiri Insyaallah akan ada yang berjaya nanti...nak kata semua angan-angan menjadi kenyataan tu mungkin sukar la kan untuk masa terdekat ni. Sebagai tanda syukurnya saya.. saya dah ambil alih keja hubby iaitu sidai kain..kihkih..selama ini jarang saya yang sidai..selalunya dia..tapi sekarang sebelum gi keja saya akan sidai kain, siram pokok, selak langsir(kalau dulu tak sempat, balik keja dah malam...so terus tak selak kadang-kadang tu..) dan kemas dapur. Alhamdulillah....terasa seperti suri rumahtangga lain...Alhamdulillah di bulan Ramadzan yang mulia ini saya bangun seawal 4.45am untuk memanaskan lauk@masak sahur dan terus buat keja rumah...tak lagi macam dulu,,,solat subuh pun nak cepat-cepat. Saya juga rasa bersyukur sebab dapat berbakti kepada ibu dan nenek tercinta..memandangkan adik-adik dan ayah keja jauh dari rumah...sekurang-kurangnya mak dan tok tahu saya boleh dihubungi bila-bila masa dan boleh muncul dalam masa yang cepat kerana jarak dari pej ke rumah mak juga dekat...

Alhamdulillah... suasana kat pejabat pun mendamaikan..sekarang saya menyandang jawatan Penyelia Agama buat sementara kot...bezanya kat sini saya temui ustazah-ustazah Kafa..bukan OKT (Orang Kena Tangkap).. Kat sini juga client memang ramai dan tak putus.. kebanyakkannya urusan nak kahwin la...

Alhamdulillah...cita-cita pertama saya iaitu menjahit langsir rumah sendiri (malu pulak nak cita) tengah dalam proses... kain dah gunting...untuk projek pertama ni, saya beli kain yang murah ja...takut membazir pulak nanti kan... petang ni balik keja, nak gi rumah Mak Dak (Ibu saudara saya, adik ayah) untuk jahit tepi...