Wednesday, 1 August 2012

Angan-angan ku...

Alhamdulillah... angan-angan ku selama ini insyaallah akan saya jadikan kenyataan satu persatu.. kalau nak diikutkan memang sangat banyak angan-angan...Andai saya kerja dekat dengan rumah..saya nak....

Hahaha... saya akan buktikan pada diri sendiri Insyaallah akan ada yang berjaya nanti...nak kata semua angan-angan menjadi kenyataan tu mungkin sukar la kan untuk masa terdekat ni. Sebagai tanda syukurnya saya.. saya dah ambil alih keja hubby iaitu sidai kain..kihkih..selama ini jarang saya yang sidai..selalunya dia..tapi sekarang sebelum gi keja saya akan sidai kain, siram pokok, selak langsir(kalau dulu tak sempat, balik keja dah malam...so terus tak selak kadang-kadang tu..) dan kemas dapur. Alhamdulillah....terasa seperti suri rumahtangga lain...Alhamdulillah di bulan Ramadzan yang mulia ini saya bangun seawal 4.45am untuk memanaskan lauk@masak sahur dan terus buat keja rumah...tak lagi macam dulu,,,solat subuh pun nak cepat-cepat. Saya juga rasa bersyukur sebab dapat berbakti kepada ibu dan nenek tercinta..memandangkan adik-adik dan ayah keja jauh dari rumah...sekurang-kurangnya mak dan tok tahu saya boleh dihubungi bila-bila masa dan boleh muncul dalam masa yang cepat kerana jarak dari pej ke rumah mak juga dekat...

Alhamdulillah... suasana kat pejabat pun mendamaikan..sekarang saya menyandang jawatan Penyelia Agama buat sementara kot...bezanya kat sini saya temui ustazah-ustazah Kafa..bukan OKT (Orang Kena Tangkap).. Kat sini juga client memang ramai dan tak putus.. kebanyakkannya urusan nak kahwin la...

Alhamdulillah...cita-cita pertama saya iaitu menjahit langsir rumah sendiri (malu pulak nak cita) tengah dalam proses... kain dah gunting...untuk projek pertama ni, saya beli kain yang murah ja...takut membazir pulak nanti kan... petang ni balik keja, nak gi rumah Mak Dak (Ibu saudara saya, adik ayah) untuk jahit tepi...







No comments:

Post a Comment