Assalamualaikum... Alhamdulillah, hari ni 10 Ogos adalah hari yang saya nanti-nantikan... Genaplah usia perkahwinan saya 5 tahun bersama insan yang saya cintai. Seperti pasangan lain.. kami jua diuji dan alhamdulillah kami masih bersama. Bagi saya, Hubby banyak bersabar.. Alhamdulillah, walaupun kami masih 'honeymoon' sebab belum dikurniakan zuriat tapi kami akan terus berusaha...ahaksss... iyela usaha tu kan perlu...ngeh ngeh..
Hari ni juga sama tarikhnya dengan Birthday ayah yang saya sayangi dan hormati... Saya memang sangat menghormati ayah..ayah adalah idola saya.. Kalau boleh saya mahu Hubby juga ikut jejak ayah...
Dan tarikh ini juga adalah tarikh kematian bapa saudara saya (suami kepada makdak, adik ayah). Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Ameeen...
Salam dear..
ReplyDeleteHappy Anniversary dear..semoga berbahagia selamanya..semoga dikurniakan zuriat kelak...Amin insyaallah..K.lyn doakan kebahagian hampa dorang..muah..muah..