Friday, 14 September 2012

Batu Lekat

Sangat teruja... hehehe.. Sebenarnya nak story yang saya dah belajar nak lekat batu swarovski... Sebelum ni saya akan gi upah kat kedai tapi sekarang dah mampu buat sendiri... tu yang sangat teruja. Sebenarnya saya dan Kak Saniza telah diberitahu bahawa ada seorang kak ni dia buat cenderahati..jadi kami pun ambil la alamat rumah dia..(sebelah kampung i je...). Sampai je kat sana, saya rasa bagai telah dijodohkan...hehe..rupanya kak tu memang dok ambil upah jahit manik dan batu lekat. Saya pun apalagi..memang lama dah berminat ni kak...
Peringkat awal ni saya belajar lekat manik dulu, lepas ni rancang-rancang nak belajar jahit manik la pulak.. Alahamdulillah, dah 2 pasang baju saya tempek manik kat situ..rasa best pulak dapat buat sendiri...hehe...lepas ni siapa nak upah boleh le...Oppppsss! belum terror lagi...
Ni antara batu-batu swarovski tu lah...saya beli yang Austria punya...kira yang no 2 la...yang murah tu rasanya buat rugi ja sebab tak berapa cantik...hehehe


    

Flash back..

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

Salam sejahtera...Salam 1 Malaysia....

Lama rasanya tak buka blog yang hampir bersawang dah ni... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Segalanya berjalan dengan lancar. Jadual agak ketat akhir-akhir ni..namun saya bahagia...ngeh ngeh bila kita redho, barulah kemanisan bahagia tu ada. Sebenarnya banyak benda nak story kat sini untuk dijadikan kenang-kenangan...

Last week (07-09 Sept) Pejabat saya bersama Masjid Qaryah Pulau Betong anjurkan satu program bersama penduduk qaryah. Banyak la acara yang telah dijadualkan.. Alhamdulillah saya dan dan staf lain terlibat secara langsung.. Saya dan Kak Saniza bertugas khusus di aturcara Demontrasi Masakan..dari jemputan chef hinggalah ke hari program.. Kami berjaya menjemput chef Othman dari Giat Mara Balik Pulau... Nak tahu masakan apa??? haha... nanti saya bagi resepi sekali ye...Alhamdulillah, kita share ramai-ramai. Kami juga diamanahkan untuk mencari cenderahati kepada penceramah-penceramah jemputan..

Semalam (13 Sept)10.30am Saya dijemput ke Jamuan Aidilfitri dan Majlis Perpisahan anjuran bahagian lama saya (Bahagian Penguatkuasaan). Alhamdulillah dan ribuan terima kasih di atas ingatan kawan-kawan dan juga bos yang saya hormati.
Pada hari yang sama juga 01.30pm  saya hadiri Jamuan Aidilfitri anjuran Pej. saya sekarang bersama Masjid Daerah Balik Pulau. ALhamdulillah...kenyang......