Sunday, 18 August 2013

I am officially USM student....

Alhamdulillah... Syukur... 
Asslamualaikum.... Salam Sejahtera....
Selamat kita bertemu kembali setelah sekian lama tidak bersua...
Harap belum terlewat untuk saya mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin" buat semua yang mengenali diri ini secara peribadi mahupun melalui blog saya yang kucar kacir ini....orang nak berblog,,,saya pun nak jugak...ha akibatnya tak pandai nak manage...  hihi..
Pada entry yang lepas, saya ada bagitau kan yang permohonan saya untuk melanjutkan pelaran saya ke USM telah diterima... haha Alhamdulillah saya selamat mendaftar pada 13 Ogos 2013 (syawal ke-6) hingga 16 Ogos 2013. Perasaan tu tak tau nak cakaplah kan.. gembira+excited+TAKUT.... Saya perlu usaha lebih,,maksudnya saya kena banyak korbankan masa untuk belajar... Study PJJ ni memang 90% atas usaha sendiri...Saya kena usaha lebih sikit maklumlah dah lama meninggalkan alam study ni...stadoq ada la...haha. Ok lah saya nak godek2 jap portal student USM.. study PJJ ni maklumat kelas dan nota2 semua online. Okay.. jumpa lagi ye di entry yang akan datang...

Wednesday, 1 May 2013

Berita Baik....


Alhamdulillah di atas berita baik ini "Tahniah, permohonan anda berjaya "
Bermulalah suatu azam baru dan persediaan untuk melakukan pengorbanan...
KEPUTUSAN
Anda telah mengesahkan untuk MENERIMA tawaran ke Universiti Sains Malaysia.  Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.


TAHNIAH! Anda berjaya mendapat tawaran di Universiti Sains Malaysia.  Maklumat  tawaran adalah seperti berikut :
Nama:HAFIZA BINTI HALID
No Kad Pengenalan:830402075594
Program Pengajian:IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN (KEPUJIAN)
Pengkhususan:ORGANISASI
Tempoh Pengajian:4 TAHUN
Tarikh Pendaftaran / Orentasi:13 - 16 OGOS 2013
Tempat Lapor Diri:KAMPUS INDUK USM,PULAU PINANG
MAKLUMAN
1.Program yang ditawarkan adalah MUKTAMAD. Sebarang permohonan pertukaran program pengajian tidak dibenarkan.
2.Anda dikehendaki membuat pengesahan penerimaan ATAU penolakan tawaran melalui laman web ini sebelum atau pada 20 MEI 2013 jam 12:00:00 mlm. Calon yang tidak membuat pengesahan dalam tempoh tersebut dianggapMENOLAK tawaran.
3.Sila Pastikan anda mencetak Buku Panduan Pelajar Baru, Bil Yuran dan Surat Tawaran.

Saturday, 27 April 2013

Muka buku


Zhifafaiza menulis di muka buku...
Terasa masa sangat berharga...banyak benda nak buat...banyak benda nak difikirkan...alhamdulillah bahagia dengan kesebokan yang ditempah sendiri ni... dapatlah mengelakkan dari berfikir perkara-perkara yang sebenarnya memang manusia tak de jawapan...anyway tetap harap dan terus mengharap sampai hujung nyawa..... Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.....
Like ·  · Promote · 

doaku untukmu sayang -Waliband-

Dah lama rasanya tak Buka blog sendiri...bila buka je...terdengar la pulak lagu yang hubby tujukan pada saya suatu ketika dulu...huhu...Saya amati kata-kata di dalam lagu ini...sangat menyentuh kalbu...sayu sangat....

"Kau mau aku apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti

Tahukah kamu apa yang ku pinta
Disetiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia"







Semoga kasih kita abadi hingga ke syurga sayang.....

Saturday, 6 April 2013

Tumpang lalu....

Assalamulaikum wbkth... Alhamdulillah blog ni masih boleh saya jejaki... Kesebokan yang maha dahsyat menyebabkan langsung tak berpeluang nak catat memori indah kat kat sini. Sejak akhir-akhir ni saya memang sangat sibuk...tapi kesebokkan ini sangat membahagiakan saya. Kenapa saya kata bahagia ya? haha saya penuhi masa saya dengan perkara yang berfaedah..chewah... Sekarang saya dan hubby dah jarang jugak la makan kat kedai..jarang tengok wayang atau keluar sia-sia.. dah jarang nak ngelamun fikir perkara yang manusia tak de jawapan..pegi lah jumpa pakar mana pun takkan dapat beri kita zuriat...kumpullah duit banyak mana pun kita takkan dapat beli zuriat..Zuriat adalah anugerah dari Allah.. Mungkin saya belum layak terima anugerah itu....huhu saya redho. Makanya saya lihat apa yang didepan saya yang selama ini saya tidak ambil nikmat itu.... Alhamdulillah keluarga dan teman-teman adalah penyokong kuat saya. Malu la nak cita projek apa yang tengah saya sibukkan sangat ni..hahaha...bukan jualan langsung..bukan skim cepat kaya... dan bukanlah sesuatu yang dijanjikan wang... jeng jeng...

aha saya sebenarnya dah lambat ni... nak gi bersiap jap nak gi kelas.... kelas apa??? nanti saya cita ye...siap gambar lagi...

Friday, 22 February 2013

Ujian...

Percutian kami kali ini diuji... pertama ialah apabila kawan saya dan suaminya gagal tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada jam yang telah ditetapkan. Saya sangat berusaha untuk semuanya berjalan dengan lancar..kalau boleh biarlah semuanya pergi bersama..namun tak dapat dielakkan apabila kawan saya gagal tiba akibat trafik jam. Puas saya buat rayuan pada petugas kapal terbang namun mereka tak dapat berbuat apa-apa kerana flight tersebut sudah delay. Saya dan rakan-rakan lain terbang dalam keadaan yang sangat terkilan. Saya tahu kawan saya yang tertinggal flight juga sangat terkilan. Apabila sampai di Aiport Langkawi saya segera hubungi kawan saya namun beliau gagal mendapatkan flight pada hari yang sama. Maka bercuti lah kawan saya tu di Pulau Pinang untuk satu hari. Pada keesokkan harinya baru kami berjumpa di sana. Walaupun begitu saya bersyukur kami semua selamat sampai..

Pada hari ketiga iaitu 09/02/13 di Pulau Langkawi saya diuji lagi apabila mendapat panggilan dari ayah yang mengatakan tok saya dimasukkan ke hospital. Kedaannya agak kritikal pada mulanya. Saya rasa agak cemas tetapi cuba kawal diri. Saya tak mahu bercerita kepada teman-teman yang lain agar mereka tidak susah hati. Mengikut kata ayah tok dah semakin stabil.  Lagipun keesokkan harinya saya akan pulang jadi saya hanya mampu bertanya kabar dari jauh dan berdoa supaya semuanya selamat. Tok saya mempunyai penyakit asma. Selepas saya pulang saya terus ke hospital keesokkan dan menemani tok seharian di hospital. Keadaan di rumah usah kata lah memang saya tak ambil kisah langsung. Nasib baik lahcuti raya cina masih ada 2 hari lagi. Tok disyaki bermasalah paru-paru berair. Selepas 5 hari berada di wad, alhamdulillah tok dibenarkan pulang....

Pulau Langkawi lagi....

Alhamdulillah...syukur kepada Allah di atas segala nikmat dan ujian darinya. Nikmat supaya kita berterima kasih padanya dan ujian supaya kita sentiasa memohon padanya... Kita hanya mampu merancang namun Allah jua yang berkuasa mentakdirkan sesuatu itu... Oleh itu di hari Jumaat yang barakah ni marilah kita banyak muhasabah diri..bersyukur dan beristiqfar....jangan juga kita lupa banyakkan berselawat ke atas junjungan besar nabi kita yang amat kita sanjungi iaitu Nabi Muhammad SAW. Kata ustazah Faridah (di Kelas Fiqh Wanita yang diadakan di masjid negeri Pulau Pinang setiap 2 minggu) Kita berselawat 100 kali tambahan pula di hari Jumaat mendapat ganjaran yang besar dari Allah. 

Alhamdulillah percutian ke Pulau Langkawi berjalan dengan lancar. Walaupun ada juga ujian tetapi berkat kesabaran Alhamdulillah percutian kami sangat menarik dan menjadi memori indah yang tersemat di kalbu...eeeewah! Kali ni saya tak banyak tangkap gambar...

Bilik yang selesa sangat di
Holiday Villa, Pulau Langkawi.


Dari Pantai Rhu

Kali ni juga apa yang menarik ialah inilah kali pertama saya menaiki Gunung Mat Cincang... Pengalaman yang menarik menaiki cabel car ke puncak bukit itu. 

Hubby &  Cik Zul




I & Cik Di

Wednesday, 6 February 2013

Jom Bercuti.....

Alhamdulillah di atas segala nikmat yang tidak terhingga dari Allah... Perancangan saya bersama 3 orang sahabat dan juga keluarga masing-masing sejak bulan 7 tahun lepas untuk bercuti sempena Raya Cina ni hampir tiba... hahaha esok dalam pukul 4.30 terbanglah kami ke sana.....Agak2 di mana ya destinasi kami?? Jeng jeng jeng...seperti tahun lepas, tahun ni saya pergi ke tempat yang sama iaitu Pulau Langkawi.... Nak pergi oversea macam membazir la pulak... kan? Cuti2 dalam Malaysia tak pakai modal banyak sangat...janji ada aktiviti untuk relax jauh sikit dari kesebokkan kerja dan rumah sendiri. Teringin sebenarnya nak melancong jauh2 tapi memandangkan budget perlu la lobih...jadi Cuti2 Malaysia je la janji honey2moon. heh.... Ye la kalau la saya nak spend pun saya nak ke tempat yang amat saya idamkan suatu hari nanti...Insyaallah saya nak sangat jejak tempat tu... Tempat yang saya idamkan ialah Tanah Suci...Ya Allah perkenankanlah...saya berazam untuk menunaikan Ibadah Haji...sekali pun jadilah dalam hidup saya.
Huhu...Harap2 percutian kami esok dipermudahkan dan dilindungi Allah. Tak ketinggalan Cik Di (Ibu saudara hubby) dan suaminya Cik Zul pun akan join... Tak sabar rasanya nak pack baju... haha... Selamat bercuti kepada semua...

Friday, 1 February 2013

Sekadar coretan

Assalamualaikum wbt....

Bagaimana ya nak mulakan....Uhum..uhum... First of all mesti lah nak panjatkan kesyukuran sebab hari ni ( time rehat hari jumaat...) saya berkesempatan untuk membuka dan nak meluahkan sesuatu... Hari-hari lain memang saya sangat sebok...alhamdulillah saya bersyukur sangat dengan kesebokkan ini sebab saya rasa masa bekerja saya saya gunakan dengan baik...hehehe macam baik sangat lak. Tapi itulah hakikatnya. Di pejabat ni nak kata happy sangat-sangat tu tak lah cuma alhamdulillah saya bahagia. Bahagia dengan nikmat yang Allah berikan..Namun sesekali saya tetap terkenang teman-teman yang selalu berkongsi suka dan duka dulu...Kak Lyn, Wani, Nor, Nurul, Ayu, Ila dan sahabat-sahabat lain yang saya dah anggap teman setia. Terima kasih di atas keikhlasan kalian itu.. Rindu rasanya nak bercerita dan bergelak ketawa dengan kalian... Opss dekat sini pun saya ada 2 orang kakak yang baik tau... yang sering memberi tunjuk dan ajar...Apa-apa pun yang penting ialah kita mesti selalu berperangsaka baik dan sikap tolak ansur dalam hubungan. Saya sentiasa pujuk hati saya supaya anggap semua orang mempunyai niat yang baik cuma kadang-kadang disalah ertikan oleh kita hingga timbulnya "kecik hati" , "terkilan", dan "merajuk".....ngeh ngeh ngeh macam ada pengalaman je... aha... dah nak laluinya. Itu semua amat merugikan. 


Friday, 11 January 2013

Muslimin dan Muslimat....

Assalamualaikum Warahmatullahiwabaratuh...
Salam Yaumul Jum'ah a'la kullilMuslimim wa Muslimat.... Tak terlewat lagi kot no nak ucap Happy New Year... Kebetulan new year tahun ni juga adalah new office for me...sebab ofis saya telah menambahkan ruang pejabat ke tingkat bawah. Sebelum ni tingkat bawah kosong je selepas Mahkamah Syariah berpindah ke bangunan baru. Kira ofis saya sekarang ni 2 tingkat la... Nak tahu tak perasaan saya pagi-pagi ni apa? Hah..saya rasa GERAM! SEDIH! ke atas isu penggunaan nama Allah. Saya sangat tak setuju isu ini dipolitikkan.. Tolong lah wahai Muslimin...sedarlah diri. Kamu tu Islam dan Tuhan kamu adalah Allah. Semua orang tahu tuhan orang Islam namanya Allah. Jadi kamu bodoh atau sengaja memperbodohkan diri dengan menyokong kafir lahanat tu nak guna nama tuhan kita. Tolonglah bersatu wahai orang Islam... ketepikanlah politik demi ALLAH yang kita sanjungi. Kalau kita bersatu tak ada muslim yang akan ditindas lagi. Negara ini negara kita..hak kita..Kalau kita berpecah dengan hasutan mereka, ego yang tah hapa2, kepentingan sendiri dan gilakan pangkat dan kekayaan kita takkan kemana...malah kita akan TEWAS!