Friday, 22 February 2013

Ujian...

Percutian kami kali ini diuji... pertama ialah apabila kawan saya dan suaminya gagal tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada jam yang telah ditetapkan. Saya sangat berusaha untuk semuanya berjalan dengan lancar..kalau boleh biarlah semuanya pergi bersama..namun tak dapat dielakkan apabila kawan saya gagal tiba akibat trafik jam. Puas saya buat rayuan pada petugas kapal terbang namun mereka tak dapat berbuat apa-apa kerana flight tersebut sudah delay. Saya dan rakan-rakan lain terbang dalam keadaan yang sangat terkilan. Saya tahu kawan saya yang tertinggal flight juga sangat terkilan. Apabila sampai di Aiport Langkawi saya segera hubungi kawan saya namun beliau gagal mendapatkan flight pada hari yang sama. Maka bercuti lah kawan saya tu di Pulau Pinang untuk satu hari. Pada keesokkan harinya baru kami berjumpa di sana. Walaupun begitu saya bersyukur kami semua selamat sampai..

Pada hari ketiga iaitu 09/02/13 di Pulau Langkawi saya diuji lagi apabila mendapat panggilan dari ayah yang mengatakan tok saya dimasukkan ke hospital. Kedaannya agak kritikal pada mulanya. Saya rasa agak cemas tetapi cuba kawal diri. Saya tak mahu bercerita kepada teman-teman yang lain agar mereka tidak susah hati. Mengikut kata ayah tok dah semakin stabil.  Lagipun keesokkan harinya saya akan pulang jadi saya hanya mampu bertanya kabar dari jauh dan berdoa supaya semuanya selamat. Tok saya mempunyai penyakit asma. Selepas saya pulang saya terus ke hospital keesokkan dan menemani tok seharian di hospital. Keadaan di rumah usah kata lah memang saya tak ambil kisah langsung. Nasib baik lahcuti raya cina masih ada 2 hari lagi. Tok disyaki bermasalah paru-paru berair. Selepas 5 hari berada di wad, alhamdulillah tok dibenarkan pulang....

Pulau Langkawi lagi....

Alhamdulillah...syukur kepada Allah di atas segala nikmat dan ujian darinya. Nikmat supaya kita berterima kasih padanya dan ujian supaya kita sentiasa memohon padanya... Kita hanya mampu merancang namun Allah jua yang berkuasa mentakdirkan sesuatu itu... Oleh itu di hari Jumaat yang barakah ni marilah kita banyak muhasabah diri..bersyukur dan beristiqfar....jangan juga kita lupa banyakkan berselawat ke atas junjungan besar nabi kita yang amat kita sanjungi iaitu Nabi Muhammad SAW. Kata ustazah Faridah (di Kelas Fiqh Wanita yang diadakan di masjid negeri Pulau Pinang setiap 2 minggu) Kita berselawat 100 kali tambahan pula di hari Jumaat mendapat ganjaran yang besar dari Allah. 

Alhamdulillah percutian ke Pulau Langkawi berjalan dengan lancar. Walaupun ada juga ujian tetapi berkat kesabaran Alhamdulillah percutian kami sangat menarik dan menjadi memori indah yang tersemat di kalbu...eeeewah! Kali ni saya tak banyak tangkap gambar...

Bilik yang selesa sangat di
Holiday Villa, Pulau Langkawi.


Dari Pantai Rhu

Kali ni juga apa yang menarik ialah inilah kali pertama saya menaiki Gunung Mat Cincang... Pengalaman yang menarik menaiki cabel car ke puncak bukit itu. 

Hubby &  Cik Zul




I & Cik Di

Wednesday, 6 February 2013

Jom Bercuti.....

Alhamdulillah di atas segala nikmat yang tidak terhingga dari Allah... Perancangan saya bersama 3 orang sahabat dan juga keluarga masing-masing sejak bulan 7 tahun lepas untuk bercuti sempena Raya Cina ni hampir tiba... hahaha esok dalam pukul 4.30 terbanglah kami ke sana.....Agak2 di mana ya destinasi kami?? Jeng jeng jeng...seperti tahun lepas, tahun ni saya pergi ke tempat yang sama iaitu Pulau Langkawi.... Nak pergi oversea macam membazir la pulak... kan? Cuti2 dalam Malaysia tak pakai modal banyak sangat...janji ada aktiviti untuk relax jauh sikit dari kesebokkan kerja dan rumah sendiri. Teringin sebenarnya nak melancong jauh2 tapi memandangkan budget perlu la lobih...jadi Cuti2 Malaysia je la janji honey2moon. heh.... Ye la kalau la saya nak spend pun saya nak ke tempat yang amat saya idamkan suatu hari nanti...Insyaallah saya nak sangat jejak tempat tu... Tempat yang saya idamkan ialah Tanah Suci...Ya Allah perkenankanlah...saya berazam untuk menunaikan Ibadah Haji...sekali pun jadilah dalam hidup saya.
Huhu...Harap2 percutian kami esok dipermudahkan dan dilindungi Allah. Tak ketinggalan Cik Di (Ibu saudara hubby) dan suaminya Cik Zul pun akan join... Tak sabar rasanya nak pack baju... haha... Selamat bercuti kepada semua...

Friday, 1 February 2013

Sekadar coretan

Assalamualaikum wbt....

Bagaimana ya nak mulakan....Uhum..uhum... First of all mesti lah nak panjatkan kesyukuran sebab hari ni ( time rehat hari jumaat...) saya berkesempatan untuk membuka dan nak meluahkan sesuatu... Hari-hari lain memang saya sangat sebok...alhamdulillah saya bersyukur sangat dengan kesebokkan ini sebab saya rasa masa bekerja saya saya gunakan dengan baik...hehehe macam baik sangat lak. Tapi itulah hakikatnya. Di pejabat ni nak kata happy sangat-sangat tu tak lah cuma alhamdulillah saya bahagia. Bahagia dengan nikmat yang Allah berikan..Namun sesekali saya tetap terkenang teman-teman yang selalu berkongsi suka dan duka dulu...Kak Lyn, Wani, Nor, Nurul, Ayu, Ila dan sahabat-sahabat lain yang saya dah anggap teman setia. Terima kasih di atas keikhlasan kalian itu.. Rindu rasanya nak bercerita dan bergelak ketawa dengan kalian... Opss dekat sini pun saya ada 2 orang kakak yang baik tau... yang sering memberi tunjuk dan ajar...Apa-apa pun yang penting ialah kita mesti selalu berperangsaka baik dan sikap tolak ansur dalam hubungan. Saya sentiasa pujuk hati saya supaya anggap semua orang mempunyai niat yang baik cuma kadang-kadang disalah ertikan oleh kita hingga timbulnya "kecik hati" , "terkilan", dan "merajuk".....ngeh ngeh ngeh macam ada pengalaman je... aha... dah nak laluinya. Itu semua amat merugikan.