Friday, 22 February 2013

Ujian...

Percutian kami kali ini diuji... pertama ialah apabila kawan saya dan suaminya gagal tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada jam yang telah ditetapkan. Saya sangat berusaha untuk semuanya berjalan dengan lancar..kalau boleh biarlah semuanya pergi bersama..namun tak dapat dielakkan apabila kawan saya gagal tiba akibat trafik jam. Puas saya buat rayuan pada petugas kapal terbang namun mereka tak dapat berbuat apa-apa kerana flight tersebut sudah delay. Saya dan rakan-rakan lain terbang dalam keadaan yang sangat terkilan. Saya tahu kawan saya yang tertinggal flight juga sangat terkilan. Apabila sampai di Aiport Langkawi saya segera hubungi kawan saya namun beliau gagal mendapatkan flight pada hari yang sama. Maka bercuti lah kawan saya tu di Pulau Pinang untuk satu hari. Pada keesokkan harinya baru kami berjumpa di sana. Walaupun begitu saya bersyukur kami semua selamat sampai..

Pada hari ketiga iaitu 09/02/13 di Pulau Langkawi saya diuji lagi apabila mendapat panggilan dari ayah yang mengatakan tok saya dimasukkan ke hospital. Kedaannya agak kritikal pada mulanya. Saya rasa agak cemas tetapi cuba kawal diri. Saya tak mahu bercerita kepada teman-teman yang lain agar mereka tidak susah hati. Mengikut kata ayah tok dah semakin stabil.  Lagipun keesokkan harinya saya akan pulang jadi saya hanya mampu bertanya kabar dari jauh dan berdoa supaya semuanya selamat. Tok saya mempunyai penyakit asma. Selepas saya pulang saya terus ke hospital keesokkan dan menemani tok seharian di hospital. Keadaan di rumah usah kata lah memang saya tak ambil kisah langsung. Nasib baik lahcuti raya cina masih ada 2 hari lagi. Tok disyaki bermasalah paru-paru berair. Selepas 5 hari berada di wad, alhamdulillah tok dibenarkan pulang....

No comments:

Post a Comment