Assalamualaikum... Salam Kasih Sayang sesama insan...
Selamat Menyambut Tahun 2014.. Harapan saya pada diri saya...pada keluarga saya..adalah hari ini adalah lebih baik dari semalam...
Alhamdulillah di atas nikmat darinya... tidak terhingga syukur ini ku panjatkan padanya.. walau kehidupan tak kaya raya.. pangkat tidak besar.. namun segalanya mencukupi bagi saya. Kebelakangan ini saya agak sibuk... sibuk dengan berbagai tugasan.. alhamdulillah dapat dilalui dengan baik. Biar perjalanan ini sekadar biasa-biasa namun alhamdulillah kerana sebaliknya saya sangat bahagia. Tak tahu nak gambarkan di sini bertapa bahagianya saya di samping insan-insan yang saya sayangi. Sangat bahagia kerana hari ini saya masih boleh lihat wajah ayah yang sangat saya sanjungi, ibu yang amat saya sayangi, adik-adik yang sentiasa mendampingi, tok yang saya sayangi dan suami yang sentiasa berada di sisi saat susah mahupun senang... kalian adalah kebahagian saya. Alhamdulillah, walau di mana berada saya di temui dengan sahabat-sahabat yang baik.. Alhamdulillah..
Tiada niat di hati nak bercerita dengan rasa riak... demi Allah saya perlu mengingatkan diri saya selalu tentang nikmat-nikmat ini agar selalu bersyukur.. agar saya tidak lupa diri..agar perasaan dengki, pemarah, panas baran dan sikap-sikap buruk yang lain dapat saya hindari. Saya yakin, sekiranya kita merasa diri bahagia, kita akan sentiasa redho dengan kekurangan pada kita...kita akan selalu bersyukur..kita akan mudah tersenyum dan kebahagiaan kita itu akan menyebabkan kita juga nak lihat orang lain bahagia..kita akan mudah menolong orang..kita akan mudah mendoakan perkara yang baik terhadap orang lain..dan yang paling penting sikap dengaki dapat kita jauhi...Waallahuaglam..
No comments:
Post a Comment