Friday, 17 October 2014

Khas buat anakanda AMMAR RIFQI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Coretan kali ini ummi tujukan khas buat anakanda Ammar Rifqi..

Ummi harap Ammar akan membacanya suatu hari nanti..Ummi harap Ammar akan mengerti...
Anakanda yang sangat ummi dan abah sayangi.. tidak dapat ummi luahkah dengan kata-kata untuk menggambarkan bertapa ummi sayang padamu.

Anakanda...
Kamu ada anugerah Allah... Kamu adalah khalifah Allah yang telah diamanahkan buat ummi dan abah.. Kita telah ditakdirkan bersama... Usahlah kamu bersedih kerana kamu sangat bertuah wahai anakku.. Kamu sangat bernasib baik insyaAllah.. kamu akan tahu suatu hari nanti mengapa ummi kata begitu..

Hadirmu kedalam keluarga kita ibarat sebuah cahaya.. ibarat intan yang sangat berharga.. Hadirmu telah menyerikan rumahtangga dua pasang suami isteri yang selama 6 tahun menanti. Hadirmu adalah anugerah Allah buat keluarga kita.. Tiada dapat ummi gambarkan bertapa kehadiranmu sangat bermakna... Semua orang dalam keluarga kita sangat menyayangimu nak..

Baiklah.. Meh ummi cerita asal usul nama anakanda dan mengapa ummi memilih nama itu...tentu anakanda nak tau kan...

Ammar
Ammar adalah nama seorang anak muda yang telah meninggal dunia di Turki.. Ummi sangat tertarik dengan kisah anak muda ini... Ummi rasa sangat bangga dengan kisah anak muda ini.. Ummi mau anakanda ummi akan jadi insan yang berguna kepada bangsa dan agama khasnya..itu hajat ummi...Ya Allah makbulkanlah... Ameen.

Ok di bawah ni ummi copy storynya dari blog seorang sahabat..

http://cahayahidupku2569.blogspot.com/2013/11/renungan-catatan-terakhir-seorang-as.html

Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya lima hari yang lalu di Istanbul, Turki. Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya. 

Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz. 

Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang. Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria. 

Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”. Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu. Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari. 

Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain? Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah. 

Takdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan. Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’ : “…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. 

Malah catatan terakhirnya dan dimasukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi : “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.” Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulans. 

Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara. Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini. Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. 
 
 beliau telah meninggal dunia pada2 November 2013 jam 1.30 petang.. Ammar ketika itu masih berada di dalam kandungan...
 
Ummi harap anakanda ummi akan mengikuti jejak langkahnya iaitu seorang pejuang Agama Islam... Ummi janji ummi dan abah akan buat yang terbaik untuk mendidik kamu menjadi insan yang berguna suatu hari nanti..InsyaAllah..
 
Rifqi
 
Nama Rifqi pula ialah pilihan adik ummi iaitu 'makngah'. Ummi pun suka nama tu.. maksudnya adalah lemah lembut, kawan pendamping. Ummi harap sangat anakanda seorang pejuang agama yang lemah lembut seperti sifat Rasulullah saw.
 
Baiklah anakanda... ummi akan bercerita lagi di coretan yang akan datang..Insyaallah..

No comments:

Post a Comment