Ya Allah Ya Tuhanku,Seandainya telah kau catatkan dia milikku,tercipta buat ku, dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku,titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi,seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan,jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan berkekalan buat selama-lamanya hingga keakhir hayat dan kurniakanlah kami zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh,sesungguhnya engkau berkuasa atas segala sesuatu. Amin Ya Rabbal Alamin.
Friday, 20 March 2015
Bersyukurlah duhai anak...
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kehidupan harian ummi sejak kebelakangan ini sangat sibuk..rasanya sekejap ja masa ummi bersama anakanda Ammar Rifqi..Ummi balik kerja sempat main sekejap ja pastu ammar dah ngantuk.. esok pagi ammar biasanya bangun awal jadi sempatlah kita bermanja.. Alhamdulillah ammar dah boleh berjalan di usia genap setahun.. Ammar budak yang baik..bagi ummi menjaga ammar tidak terlalu sukar.. ammar sangat manja.. ummi dan abah bahagia sangat dapat menumpang kasih bersama ammar. Harap ammar maafkan ummi kerana ummi tak seperti ibu lain yang banyak masa untuk anaknya. Ummi sabtu ahad pun kadang-kadang kena kerja..itu belum lagi ummi kena hadir kelas atau keluar membuat assignment.. Allah kurniakan semuanya serentak dalam tahun 2014.. hadirnya Ammar..ummi dapat sambung belajar.. dan ummi juga dapat tawaran untuk berkhidmat sebagai Fasilitator yang bertugas sabtu atau ahad di hospital. Alhamdulillah semua rezeki itu dari Allah. Dan baru-baru ini ummi dapat lagi peluang mendapatkan Sijil Tinggi Kaunseling Syarie di Ilim, Bangi. Pada mulanya ummi memang tolah sebab tak sanggup tinggal ammar lama-lama dan kelas tu selama 4 siri dan tiap-tiap sirinya mengambil masa seminggu.. Bila ummi kira..seminggu hari bekerja maksudnya 5 hari.. dan perlu ditambah sehari untuk perjalanan... Ummi memang tak nak pergi. Tapi bila bos ummi bagi sokongan..ummi fikirkan ini adalah peluang yang tak semua orang dapat..Alhamdulilla ummi berjaya menghadiri siri pertama... Doa kan supaya ummi akan berjaya juga hadiri sesi seterusnya. Walaubagaimanapun ummi bersyukur sebab ammar dijaga oleh tok yang sangat-sangat sayang pada ammar..jadi ummi yakin ammar akan bahagia..ammar akan selamat..ammar sangat bertuah. Tok wan juga sangat manjakan ammar..tidak terkecuali makngah, makcik dan maksu atau nama manja yang ammar kena panggil nanti 'ucu'.
Subscribe to:
Posts (Atom)