Banyak perubahan berlaku dalam kehidupan seharian saya sejak kebelakangan ini. Alhamdulillah, Allah sentiasa memberikan apa yang terbaik buat hambanya.
1) Pada 15 Mei 2012 hubby mendapat surat tawaran sebagai pekerja tetap di MPPP. Alhamdulillah berkat kesabarannya selama ini, akhirnya hubby dah dapat keja tetap di gomen...so thats mean that..both of us are Penang Goverment State Servant. Alhamduillah, walaupun gaji kecik tapi saya dan hubby bersyukur sangat dengan rezeki ini.. dan yang bestnya tempat keja hubby dan saya dekat..jadi tak da masalah untuk datang keja bersama.
2) Sekarang saya dan hubby ke pejabat tak lagi dengan kereta tapi kami naik motosikal. Pada mulanya memang agak letih sebab terpaksa menagambil masa lebih kurang 40 minit dalam perjalanan..pulak tu terpaksa melalui jalan bukit. Saya dulu pernah la cuba bawa motor ke tempat kerja, tapi baru 2 hari..terus demam. hehe tak tahan rasanya pakai topi keledar lama2..tambahan pula cuaca mungkin panas time tu. Tapi sekarang, menjadi pembonceng boleh tahan la... tapi bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'. Dah 2 minggu saya dan hubby bermotosikal ke tempat kerja. Yang bestnya dapat peluk dia...hehe love him so much.. Alhamdulillah semoga sentiasa dilindungi dan dipermudahkan Allah. Perbelanjaan minyak juga semakin kurang jadi dapatlah saya menyimpan sedikit setiap bulan.
3) Saya berazam untuk belajar menjahit...projek pertama saya ialah sarung bantal...hehe..harap2 berjaya ye.. n one more news is...saya dah beli mesin jahit singer model 6180 kot... thanks hubby sebab sentiasa support ayang walaupun dia tahu isteri dia ni kadang2 hangat2 taik ayam...hehe pepatah lagi.
4) Sepupu saya masih tinggal dengan kami.... nasib baik lah rumah peninggalan tok wan tu 2 tingkat.. so dia tido kat bilik atas dan kami kat bilik bawah (ala-ala master bad room la). Saya dan hubby tak tahu nak komen apa. Maklumlah rumah tu rumah tok, jadi bila tok yang suruh dia tinggal dengan kami...saya dan hubby terpaksa akur. Hari tu janji nak tumpang sementara dapat rumah sewa... Saya sekarang rasa terkilan sangat...tak tahu nak buat cemana...sepatutnya dia tak boleh tinggal dengan kami pasangan suami isteri dan tiada orang lain. Dia bukan muhrim saya...kalau hubby keluar..tak sesuaikan??? mungkin dia fikir mudah tapi saya dan hubby?? kalau hubby xda saya hanya duduk dalam bilik. Sangat terkilan dengan suasana rumah kami sekarang.. Ayah dan mak saya pun tak setuju dengan keputusan tok tapi apa boleh buat... mungkin tok anggap tak da masalah. Tapi hakikatnya...huhu saya dah tak boleh pakai seksi di dalam rumah saya sendiri..dah tak boleh manja-manja ngan hubby kat dapur atau ruang tamu, dah tak boleh nak sepahkan rumah sangat, n yang tak tahan... saya malas nak masak lagi...sian hubby. Nasib baik la hubby saya memang baik dan sangat baik...hehehe puji lebih pulok, jadi dia terima seadanya. Saya ada juga ajak hubby menyewa sementara rumah yang kami nak beli tu dapat oc tapi hubby takut apa pula tok kata nanti. Saya dan hubby memang ada sifat yang sama iaitu biarlah orang lain bahagia kerana senyuman dan kegembiraan mereka itu adalah penawar hati kami...

No comments:
Post a Comment