Saya bertanya kepada 1 wanita Indonesia yang datang temui saya. Saya rasa wanita itu berusia awal 40 an. Beliau seorang peniaga nasi campur yang kurang tidur. Saya kagum mendengar cerita wanita ini...saya cuba bandingkan dengan diri saya yang sentiasa keletihan sedangkan saya punyai tidur yang cukup dan kadang tu berlebihan... saya pelik wanita itu kurang tidurnya dan kuat kerjanya tetapi nampak dia fresh dan sihat. Saya terus bertanya jamu apa yang di ambilnya... katanya dia buat jamu sendiri. Dia tak suka beli jamu yang di jual kerana kadang-kadang mereka masukkan pengawet dan tidak segar. Saya pun mintalah ramuan jamu dia tu...
Halia + serai + daun sirih + Manjakani + biji pinang muda + gula melaka (penambah perisa)
blender semua diatas dan rebus airnya kemudian minum.
Insyaallah kita akan rasa kesegarannya...
Saya pun tak sabar balik ni nak cuba...
No comments:
Post a Comment